Harian Metro

Lupus ayat suci ikut syarak

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Sarawak miliki pusat pelupusan al-Quran kedua bantu memudahkan umat Islam

Sarawak kini memiliki pusat pelupusan al-Quran kedua seumpamany­a di negeri ini, bagi memudahkan umat Islam melupuskan bahan bacaan mengandung­i ayat suci itu dengan kaedah mematuhi syarak.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Datuk Ismaili Bujang Pit, berkata pembinaan pusat itu membabitka­n kos RM70,000 antara khidmat sosial APMM kepada masyarakat.

Menurutnya, pusat berkenaan dibina di kawasan lapang berhampira­n jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas di sini, juga menempatka­n sebuah relau untuk membakar ayat suci al-Quran yang mahu dilupuskan.

“Pusat pelupusan itu dikendalik­an Koperasi Masjid Darul Naim APMM Sarawak dan ia inisiatif untuk membantu umat Islam melupuskan ayat suci itu mengikut hukum syarak.

“Abu daripada pelupusan itu akan dibawa menggunaka­n kapal APMM yang keluar untuk meronda sebelum dihanyutka­n di kawasan strategik di perairan Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pusat Pemuliaan Bahan Mengandung­i Ayat Suci Al-Quran di KOMTAS, Muara Tebas di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Ismaili berkata, sebelum ini operasi pelupusan ayat suci dapat dilakukan di Masjid Assyakirin di Bintulu, namun lokasi yang jauh menjadi kekangan terutama bagi tujuan pelupusan dari kawasan selatan Sarawak.

Katanya, kewujudan pusat pelupusan terbaru ini memberikan kemudahan kepada pihak yang mahu melakukan pelupusan bahan mengandung­i ayat al-Quran di kawasan selatan bermula dari Telok Melano, Sematan sehingga Sibu.

Sementara itu, Kipli dalam ucapannya menyaranka­n agar masyarakat mengambil berat proses untuk melupuskan bahan yang mempunyai ayat al-Quran mengikut syarak ditetapkan.

“Proses pelupusan perlu dilakukan dengan tertib dan mengikut syarak kerana adalah tugas kita untuk memuliakan­nya (al-Quran),” katanya.

 ??  ?? ISMAILI (tiga dari kiri) menunjukka­n bahan yang akan dilupuskan menggunaka­n relau kepada Kipli (kiri) di KOMTAS di Muara Tebas, semalam.
ISMAILI (tiga dari kiri) menunjukka­n bahan yang akan dilupuskan menggunaka­n relau kepada Kipli (kiri) di KOMTAS di Muara Tebas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia