Harian Metro

Kit fertigasi bantu jana pendapatan

-

Kinabatang­an: Usaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyerahka­n kit fertigasi pertanian melalui Felcra Berhad bertujuan membantu menjana pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.

Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, bagi penduduk mengusahak­an penanaman cili padi misalnya, penyerahan kit itu diyakini mampu meningkatk­an ekonomi penduduk yang masih menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan utama.

“Harga pasaran cili padi walaupun berdasarka­n kepada permintaan semasa masih mampu meningkat hingga RM50 sekilogram sekiranya mendapat permintaan tinggi.

“Sebab itu, peserta yang diberi kit fertigasi pertanian diharap mengusahak­annya dengan komitmen tinggi agar menerima pulangan, sekali gus meningkatk­an ekonomi masing-masing,” katanya pada Majlis Penyerahan Kit Fertigasi Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Felcra Berhad Mohd Fauzi Mohd Tahir dan Pengerusi Felcra Bina yang juga Timbalan Ketua UMNO Kinabatang­an Jafry Ariffin.

Terdahulu Mohd Fauzi berkata, kerajaan memberi secara percuma kit berkenaan sebagai percubaan untuk penerima mengusahak­an tanaman mereka.

“Mereka yang berminat boleh meneruskan usaha ini kerana pada masa akan datang ia diyakini dapat memberi pulangan secara harian,” katanya.

 ??  ?? BUNG Moktar (tiga dari kiri) menyampaik­an Kit Fertigasi Pertanian kepada penerima di Dewan Sri Lamag, semalam.
BUNG Moktar (tiga dari kiri) menyampaik­an Kit Fertigasi Pertanian kepada penerima di Dewan Sri Lamag, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia