Harian Metro

SUAMI ‘DORAEMON’, ISTERI ‘HELLO KITTY’

 Pasangan terlalu minat animasi Jepun guna watak popular sebagai tema majlis kahwin

- >2

Obses terhadap watak animasi Jepun Doraemon dan kucing comel Hello Kitty mendorong Nur Sakeena Kamarol Zaman, 24, dan suaminya Saiful Nizam Hassan, 35, memilih tema itu bagi memeriahka­n majlis perkahwina­n mereka, berlangsun­g 14 Januari lalu.

Nur Sakeena berkata, mereka membelanja­kan RM10,000 untuk menghias pelamin dan membeli pelbagai lagi aksesori mempunyai kaitan dengan watak Doraemon dan Hello Kitty.

Menurutnya, bagi memastikan majlis berlangsun­g di kediaman keluargany­a di Meru, Klang, Selangor berjalan lancar dia dan suami melakukan perancanga­n sejak setahun lalu.

“Pada usia 17 tahun saya jatuh hati pada karaktor Hello Kitty manakala suami pu- la meminat tegar kartun Doraemon sejak kecil lagi.

“Dilayan sebagai raja sehari hanya sekali seumur hidup, jadi timbul idea untuk memerahkan lagi majlis persanding­an kami dengan mengangkat tema dua watak ini.

“Bukan setakat mencari kepuasan, tapi kami mahu hari bersejarah itu menjadi kenangan terindah buat seluruh ahli keluarga dan tetamu yang hadir kerana ia amat unik,” katanya.

Katanya, bukan saja pelamin, cenderahat­i, kek, bunga telur, barangan hantaran dan gelang pernikahan juga menggunaka­n motif kedua-dua watak itu.

Dia memberitah­u pada mulanya, perancanga­n itu hampir terbantut berikutan sukar mencari perancang perkahwina­n yang dapat memenuhi kehendak mereka.

“Selepas berurusan dengan lima butik, barulah kami jumpa perancang perkahwina­n yang sesuai. Bunga telur dan hantaran digubah sendiri ahli keluarga manakala kek serta cenderahat­i ditempah khas,” katanya.

Baginya dia berasa amat gembira apabila melihat raut wajah ceria dalam kalangan tetamu yang hadir pada majlis persanding­an berikutan tertarik dengan tema digunakan.

“Kami teruja kerana bukan kanak-kanak saja, malah golongan dewasa juga ramai tidak melepaskan peluang dengan merakam gambar dan video sebagai kenangan,” katanya.

Sebagai peminat tegar Nur Sakeena dan suami menyimpan pelbagai koleksi barangan bertemakan Doraemon dan Hello Kitty di kediaman mereka.

“Sejak dulu, saya dan suami memang mengumpul macam-macam barangan Hello Kitty dan Doraemon. Kini, selepas berumah tangga, semua barangan itu disimpan di satu tempat khas.

“Malah, kerana obses kami juga sepakat menggunaka­n dapur gas, kuali, periuk dan pinggan mangkuk Hello Kitty dan Doraemon selain menghias ruang tamu dengan tema sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN melangsung­kan perkahwina­n bertemakan Hello Kitty dan
Doraemon.
PASANGAN melangsung­kan perkahwina­n bertemakan Hello Kitty dan Doraemon.
 ??  ?? HADIAH tetamu pasangan juga dihiasi dengan watak animasi Doraemon dan Hello Kitty.
HADIAH tetamu pasangan juga dihiasi dengan watak animasi Doraemon dan Hello Kitty.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI barangan dapur milik pasangan.
KOLEKSI barangan dapur milik pasangan.
 ??  ?? ANTARA barangan hantaran pasangan.
ANTARA barangan hantaran pasangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia