Harian Metro

MISTERI PENGIRIM WANG

 Pelajar jalani latihan di Barcelona terima sumbangan barangan sukan, but bola sepak

- Rafiqah Dahali am@hmetro.com.my

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Safryan Zaki yang dijadual menjalani latihan bola sepak di Sepanyol bersama FC Barcelona kini mampu tersenyum selepas menerima sumbangan barangan sukan dan but bola sepak.

Pelajar tingkatan satu itu sebelum ini buntu apabila pelbagai barangan dan peralatan sukan miliknya termasuk but bola sepak baru dibeli berharga RM700 hangus selepas asrama lelaki sekolahnya terbakar.

Prihatin dengan kesukaran menimpa Safryan, 13, seorang penyumbang dari Selangor yang tidak mendedahka­n identitiny­a memberikan sumbangan wang bagi membolehka­n remaja itu membeli but bola sepak bernilai RM699 dan kelengkapa­n sukan.

Safryan berkata, dia gembira dan bersyukur kerana pemberi sumbangan itu bermurah hati memberikan wang membeli but bola sepak serta peralatan sukan yang diperlukan­nya.

“Guru sukan saya, Cikgu Medi Marau menerima sumbangan wang itu membawa saya ke kedai peralatan sukan di Kota Kinabalu untuk membeli kelengkapa­n yang diperlukan.

“Walaupun saya tidak mengenali pemberi sumbangan itu, saya berterima kasih kepadanya. Kini, saya lebih bersemanga­t menjalani program latihan di Barcelona kelak,” katanya.

Safryan antara pelajar Malaysia

yang terpilih menjalani Program Latihan Pengantara­bangsaan (Overseas

Training Programme) untuk kategori remaja bawah 14 tahun, anjuran sebuah stesen televisyen.

Pelajar berasal dari Tawau itu berkata, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Datuk Peter Mojuntin, Adelaide Cornelius serta dua guru membawanya membeli barang keperluan lain untuk dibawa ke Sepanyol.

Safryan dijadual bertolak ke Kuala Lumpur hari ini dan seterusnya menaiki penerbanga­n ke Barcelona pada 15 Mac dan dijangka kembali ke tanah air pada 26 Mac selepas menyertai program itu.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi pada Isnin lalu, 117 pelajar terjejas selepas satu blok asrama lelaki menempatka­n 11 bilik di SMK Datuk Peter Mojuntin musnah dalam kebakaran, namun kebakaran itu tidak mengakibat­kan kecederaan.

Guru sukan saya, Cikgu Medi Marau menerima sumbangan wang itu membawa saya ke kedai peralatan sukan di Kota Kinabalu untuk membeli kelengkapa­n diperlukan”

Safryan Zaki

 ??  ??
 ??  ?? SAFRYAN menunjukka­n kasut bola baru, pelapik kaki dan stoking hasil sumbangan pemberi sumbangan dari Selangor.
SAFRYAN menunjukka­n kasut bola baru, pelapik kaki dan stoking hasil sumbangan pemberi sumbangan dari Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia