Harian Metro

AIR MATA PUNCAK KASIH

 Ziana tak tahan sebak ketika nyanyikan lagu Puncak Kasih

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku, tetapi kena move on dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana Zain sewaktu memulakan persembaha­n di sebuah hotel terkemuka ibu kota, kelmarin.

Penyanyi Madah Berhelah itu kemudian terdiam seketika sekali gus membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bersarang di hatinya.

Ziana ternyata tewas apabila tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangka­n ramai. Kesedihann­ya tidak dapat disembunyi­kan sewaktu menyanyika­n lagu hit Puncak Kasih.

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan hanya muzik bergema. Penonton kemudian berusaha membantuny­a menyanyika­n lagu berkenaan.

Terdahulu, Ziana minta diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederak­an anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan dikenakan, Armin yang bekerja sendiri didakwa mendatangk­an kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunaka­n rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, antara 8 malam hingga 10.30 malam,

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama

Seksyen 326A KK.

 ??  ??
 ??  ?? WAJAH beremosi
Ziana ketika menjayakan persembaha­n di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
WAJAH beremosi Ziana ketika menjayakan persembaha­n di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia