Harian Metro

PENOLONG KANAN NELAYAN SAMBILAN

Guru turun tangkap ikan sebagai nelayan separuh masa tambah pendapatan

- Helmy Abd Rahman dan Malik Muhamad news@nstp.com.my

Berbeza dengan nelayan tradisiona­l, kebanyakan guru lebih gemar menggunaka­n kail dan bubu berbanding pukat”

Marzuki Musa

Tidak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan guru sekolah yang aktif melakukan kerja luar untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Namun, berbeza dengan sebilangan guru di daerah ini yang memilih menjadi nelayan separuh masa.

Malah, ada yang dikatakan mampu mengaut pendapatan sampingan yang lumayan setiap kali turun ke laut.

Guru Penolong Kanan (Kokurikulu­m) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu, Marzuki Musa, 52, berkata, dia pernah mendengar guru yang menjadi nelayan separuh masa mendapat hasil mencecah ribuan ringgit sebelum dibahagika­n sesama mereka.

“Malah, ada yang beritahu duit gaji sebagai cikgu langsung tak terusik, tetapi tak tahulah pula jika dia berseloroh atau serius. Apa yang penting, tak ganggu kerja utama sebagai guru,” katanya.

Marzuki antara guru yang aktif ke laut pada hari cuti sama ada mencari ikan atau mencandat sotong.

Menurutnya, paling sedikit, dia mampu memperoleh RM200 manakala paling tinggi RM2,000 setiap kali turun ke laut.

“Paling banyak dapat ketika mencandat sotong. Bagaimanap­un, saya bukan terlalu mengejar wang sebaliknya memang minat sejak kecil.

“Malah, setiap kali ke laut dengan menumpang rakan nelayan, saya serahkan lebih separuh pendapatan diperoleh kepada mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Merchang di sini, semalam.

Marzuki berkata, berbeza dengan nelayan tradisiona­l, kebanyakan guru lebih gemar menggunaka­n kail dan bubu berbanding pukat.

“Kami juga suka bereksperi­men untuk melihat kesesuaian ketika mencari ikan contohnya menggunaka­n bulu kambing ketika mengail tenggiri,” katanya.

Bagi guru Matematik di Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga di sini, Mohd Ariff Othman, 44, menjadi nelayan separuh masa mengajarny­a untuk lebih berdisipli­n, tekun dan sabar ketika mengajar.

“Pengalaman ke laut secara tidak langsung berguna untuk saya amalkan ketika mengajar di sekolah,” katanya yang tinggal di Kampung Gong Balai, di sini,

Menurutnya, dia mempunyai bot gentian kaca dan mula aktif ke laut sejak beberapa tahun lalu.

“Jika diikutkan, sejak kecil saya sudah biasa dengan laut dan mengikut ayah serta abang yang jadi nelayan.

“Tetapi sekarang lebih kerap ke laut kerana ada bot sendiri dan rumah juga berdekatan dengan laut.

“Biasanya setiap kali ke laut boleh dapat antara RM200 hingga RM300, tetapi kadang-kadang pernah juga pulang dengan tangan kosong.

“Bukan duit sangat yang dicari tetapi memang minat dan boleh jimat belanja dapur,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ?? MOHD Ariff (kiri) bersama Marzuki meluangkan masa membersihk­an enjin bot fiber miliknya dan menjahit pukat digunakan untuk menangkap ikan di Pantai Merchang, Marang.
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK MOHD Ariff (kiri) bersama Marzuki meluangkan masa membersihk­an enjin bot fiber miliknya dan menjahit pukat digunakan untuk menangkap ikan di Pantai Merchang, Marang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia