Harian Metro

AYAHANDA PIANG

-

> Mereka menyamar sebagai Ayahanda dan berlagak samseng dengan membuat kacau di beberapa kawasan, memeras ugut serta menjaga lokasi tertentu sebagai ‘abang kawasan’ hingga mengganggu ketenteram­an masyarakat dan mencalarka­n imej pertubuhan berbaiah . Kewujudan ‘Ayahanda piang’ ini bukan isu baru, malah semakin menjadi-jadi, lapor Yusmizal Dolah Aling dan Norizuan Shamsudin

Reman ke atas dua lelaki berusia 20-an dilanjutka­n seminggu lagi bermula semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki di hotel bajet di sini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani Noor Lyana Ab Rahim, semalam, sekali gus membenarka­n polis menahan kedua-duanya sehingga 18 Mac.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid berkata, lanjutan reman itu bagi membantu pihaknya melengkapk­an siasatan kes itu.

“Tempoh reman kedua-dua suspek tamat hari ini (semalam) dan kami mohon tempoh itu disambung seminggu lagi bagi melengkapk­an siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 Mac lalu, E Muniandy, 53, ditemui mati di hotel bajet di Taman Bandar Baru di sini.

Mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor, tiba di hotel itu jam 6 petang bersama rakan, namun jam 8 malam, pekerja hotel mendengar bunyi seperti orang bergaduh di bilik berkenaan sebelum melihat rakan mangsa keluar.

Bedah siasat ke atas mangsa menunjukka­n dia cedera teruk di kepala dan badan akibat dihentak senjata tumpul.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan enam jam selepas insiden itu, berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup hotel.

 ??  ??
 ??  ?? DUA suspek disyaki terbabit dengan pembunuhan seorang lelaki di hotel bajet.
DUA suspek disyaki terbabit dengan pembunuhan seorang lelaki di hotel bajet.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia