Harian Metro

‘Kami kotakan janji’

-

Shah Alam: Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddi­n atau lebih dikenali sebagai Fattzura mengotakan janji mereka apabila mengadakan majlis resepsi kedua buat peminat di Royale Palace, Shah Alam, di sini.

Dalam majlis itu, pasangan romantik yang anggun dalam persalinan rona lavender itu meraikan lebih 5,000 peminat yang datang dari pelbagai lokasi.

Majlis resepsi itu berlangsun­g dalam dua sesi iaitu sebelah pagi membabitka­n kenalan rapat, penaja dan tetamu kenamaan.

Manakala sesi sebelah petang pula membabitka­n peminat mereka yang dijemput menerusi laman sosial Instagram milik Fattah dan Fazura.

Artis terkenal antaranya Khai Bahar, Yusrizan Usop atau Bob AF, Syura dan Fazli Zainal turut memeriahka­n acara dengan persembaha­n masing-masing.

Pasangan itu melakukan kejutan buat peminat yang hadir apabila berduet menyampaik­an lagu Cinderella.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsun­g di hotel terkemuka pada 27 November tahun lalu, diikuti majlis resepsi keluarga kedua-dua pihak pada 25 Februari lalu.

yang dihadiri ramai rakan artis seperti Fasha Sandha, Lisa Surihani, Mira Filzah, Zarina Zainuddin, Datuk Shah Rezza, Alvin Chong, Hisham Hamid, Zizan Razak, Vanidah Imran, Datin Nina Juren, Datuk Aznil Nawawi dan juga dihadiri tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan isteri.

Pasangan itu bertunang di kediaman keluarga Fazura di Petaling Jaya, Selangor pada pada 13 November lalu.

 ??  ?? PASANGAN pelakon Fattah dan Fazura ketika sesi bersama peminat pada majlis resepsi .
PASANGAN pelakon Fattah dan Fazura ketika sesi bersama peminat pada majlis resepsi .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia