Harian Metro

GUNDAH HATI ATUK

> “Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitah­u dua cucu berusia 4 tahun dan 11 bulan yang ayah dan ibu mereka sudah tiada," kata Mat Nawi Salleh, 62. Anak Mat Nawi, Mohd Sazarim, 31, bersama isteri, Nur Aniisa Ismail, 27, maut kemalangan ketika dalam perj

- lapor Muhamaad Razis Ismail

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitah­u dua cucu yang ayah dan ibu mereka sudah tiada,” kata Mat Nawi Salleh, 62.

Anak Mat Nawi, Mohd Sazarim, 31, bersama isteri, Nur Aniisa Ismail, 27, yang difahamkan sedang hamil dua bulan maut dalam kemalangan di Jalan Salor Baru di sini, awal pagi semalam.

Dalam insiden jam 4.15 pagi, kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas hilang kawalan sebelum bertembung dengan Proton Waja di laluan bertentang­an.

Suami isteri itu yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu Proton Waja berusia 44 tahun yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan.

Pasangan itu meninggalk­an dua anak, Muhamad Amin Syahiran, 4, dan Muhamad Anas Akil, 11 bulan.

Bercerita lanjut, Mat Nawi berkata, sebelum kejadian anak dan menantu yang tinggal bersamanya di Kampung Sat Hulu, Tanah Merah, keluar rumah pada jam 1 pagi.

Katanya, pasangan itu mahu mengambil bekalan sayur di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini manakala kedua-dua anak lelaki mereka sedang tidur.

Menurutnya, dia kemudian dimaklumka­n mengenai kemalangan itu oleh anak saudara yang datang ke rumah pada jam 4.30 pagi sebelum bergegas ke hospital.

“Sebaik tiba di hospital, saya dimaklumka­n anak dan menantu sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, semalam.

Mat Nawi berkata, sehari sebelum kejadian, dia sempat berbual dengan Mohd Sazarim, tetapi anaknya itu tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

“Selepas ini, saya akan mengambil tanggungja­wab menjaga dua cucu saya yang kini yatim piatu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, Perodua Kancil terbabit dikatakan hilang kawalan

 Suami isteri kemalangan tinggalkan dua anak kecil

Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitah­u dua cucu yang ayah dan ibu mereka sudah tiada”

Mat Nawi

dan terbabas ke laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Akibat perlanggar­an itu, pemandu Perodua Kancil tersepit, manakala penumpangn­ya tercampak keluar dari kenderaan.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH suami isteri yang siap dikafankan dibawa naik ke dalam van jenazah untuk dikebumika­n.
JENAZAH suami isteri yang siap dikafankan dibawa naik ke dalam van jenazah untuk dikebumika­n.
 ??  ?? MAT Nawi menunjukka­n gambar kenangan keluarga anaknya.
MAT Nawi menunjukka­n gambar kenangan keluarga anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia