Harian Metro

Reda ujian lapar

- Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@nstp.com.my

 Pusat tahfiz kekurangan bekalan makanan terima bantuan selepas tular di media sosial

“Selama tiga hari, makanan yang disediakan kurang dan tidak seperti selalu,” kata Muhammad Abdul Rahman Yuhaidi, pelajar Madrasah Ulumul Quran Wal Ahadith yang berdepan masalah bekalan makanan, minggu lalu.

Abdul Rahman,17, berkata, walaupun disajikan menu nasi goreng kosong, berlaukkan sayur pada waktu makan tengah hari, pelajar di situ tidak merungut.

Sebaliknya, semua pelajar berusia antara tujuh hingga 23 tahun itu, berdoa semoga segala urusan mereka dipermudah­kan.

“Ini ujian kepada kami. Alhamdulil­lah, selepas beberapa hari, ada satu keluarga hantar makanan yang banyak.

“Sekarang makanan yang disediakan seperti biasa. Tidak lagi lapar sebelum tidur kerana hanya diberikan air tanpa biskut,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Khabar berkaitan keadaan pusat tahfiz itu tular sejak Khamis lalu meminta bantuan orang ramai selepas bekalan makanan basah dan kering mereka semakin berkuranga­n termasuk kekurangan wang.

Berikutan itu, banyak pihak termasuk dari Sabah dan Sarawak menghubung­i pihak pengurusan tahfiz bagi menghulurk­an bantuan termasuk bantuan kewangan dan makanan.

Sementara itu, Pengetua tahfiz yang juga pengasasny­a Amran Johari berkata, mesej tular mengenai keadaan pusat tahfiz itu menyebabka­n mereka mendapat bekalan makanan yang banyak.

Katanya, pemberian orang awam dan beberapa agensi kerajaan itu dijangka mampu bertahan untuk beberapa bulan.

“Sebelum mesej itu tersebar, stor simpanan makanan kami kosong, tetapi hari ini semuanya berubah.

“Kejadian ini bukan kali pertama, malah pernah terjadi sebelum ini, makanan terpaksa dicatu.

“Nasi goreng atau mi goreng disediakan pada waktu pagi tidak mempunyai bahan tambahan. Hantar kosong semata-mata,” katanya.

Amran berkata, pusat tahfiz itu didirikan sejak lapan tahun lalu dan memperuntu­kkan RM60,000 untuk segala keperluan.

Katanya, pusat tahfiz itu tidak mempunyai pembiaya tetap daripada mana-mana pihak secara bulanan.

“Hampir separuh dari 270 pelajar di sini adalah anak asnaf dan keluarga berpendapa­tan RM2,000 sebulan.

“Sebab itu ada yang tidak dapat membayar yuran bulanan RM150 secara konsisten dan ia antara sebab kami kekurangan dana dan modal.

“Tetapi, itu bukan alasan kerana yang utama, kami mahu menjalanka­n tanggungja­wab terhadap masyarakat terutama anak orang susah, tetapi mempunyai kemahuan mempelajar­i agama,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN pelajar Madrasah Ulumul Quran Wal Ahadith, Kampung Rantau Panjang, Klang.
KEADAAN pelajar Madrasah Ulumul Quran Wal Ahadith, Kampung Rantau Panjang, Klang.
 ??  ?? FAKTA
Stok bantuan dijangka mampu bertahan untuk beberapa bulan
FAKTA Stok bantuan dijangka mampu bertahan untuk beberapa bulan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia