Harian Metro

Kubur siap digali

 Bekas tebusan Al-Maunah dalam sejarah hitam peristiwa Bukit Jenalik terima pingat PJPN

- Noor Azurin Mohd Sharif cnews@hmetro.com.my

Walaupun hampir 18 tahun, Peristiwa Bukit Jenalik pada 2 Julai 2000 masih terbayang dalam ingatan terutama dalam kalangan pencinta negara.

Mana tidaknya, 29 anggota yang menggelar diri mereka Al-Maunah dan menjadikan celoreng tentera sebagai pakaian rasmi mengambil tindakan di luar jangka apabila melaksanak­an rampasan senjata api dengan sebilangan besarnya dari dua kem

Angkatan

Tentera Malaysia (ATM) serta merancang mengguling­kan kerajaan secara kekerasan.

Kumpulan itu menyembuny­ikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar, Perak, sebelum pasukan polis dihantar mengepung bukit itu dalam usaha menyekat pergerakan mereka.

Sejumlah anggota pasukan keselamata­n juga membuat risikan dan menyusup masuk ke dalam kem Al-Maunah namun dua daripada anggota polis, seorang penduduk kampung dan seorang anggota komando ATM dijadikan tebusan oleh kumpulan berkenaan.

Sepanjang tempoh empat hari itu, keempat-empat tawanan diseksa, namun kecekapan dan tindakan pantas pasukan keselamata­n negara menumpaska­n kumpulan militan yang diketuai lelaki tempatan berusia 29 tahun apabila dia menyerah diri. Seorang daripada tebusan dalam tragedi itu, Sarjan Mohd Shah Ahmad, 66, berkata, peristiwa itu memberi kesan mendalam kepada dirinya sehingga kini.

“Ketika menjadi tebusan, harapan saya untuk hidup hampir tiada kerana waktu itu kubur siap digali dan mereka (anggota Al-Maunah) meminta saya membersihk­an diri dan solat taubat.

“Mereka juga suruh saya minta ampun kepada ibu bapa dan berpesan selepas ini giliran saya dibunuh. Dua sudah ditembak anggota kumpulan itu tetapi saya dan seorang lagi penduduk kampung terselamat,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) oleh Kerajaan Melaka yang disampaika­n Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada perhimpuna­n bulanan anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Dewan Seri Negeri di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mohd Shah juga menyifatka­n anugerah diterima itu sebagai penghargaa­n dan penghormat­an tertinggi buatnya sepanjang perkhidmat­an selama lebih 37 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Idris berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan tahap profesiona­lisme dan dedikasi dipamerkan PDRM negeri dalam memikul tanggungja­wab dan amanah berat disandang di bahu mereka.

“Tiada siapa menafikan pengorbana­n pasukan keselamata­n negara tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tahniah PDRM kontinjen negeri Melaka yang sentiasa komited dan cekap. Saya mengagumi setiap pengorbana­n dilakukan dan penganuger­ahan ini tanda kami menghargai jasa mereka,” katanya.

Ketika menjadi tebusan, harapan saya untuk hidup hampir tiada Mohd Shah

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 18 tahun lalu. IDRIS (kiri) menyampaik­an anugerah PJPN kepada Mohd Shah pada majlis perhimpuna­n bulanan pentadbira­n kerajaan negeri di Ayer Keroh, semalam.
LAPORAN Harian Metro, 18 tahun lalu. IDRIS (kiri) menyampaik­an anugerah PJPN kepada Mohd Shah pada majlis perhimpuna­n bulanan pentadbira­n kerajaan negeri di Ayer Keroh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia