Harian Metro

Penumpang maut kereta terbabas

-

Kampar: Seorang maut manakala enam lagi cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitka­n dua kereta yang bertembung di Kilometer 17.6 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampira­n Rumah Pengasih

Amanjaya, Gopeng di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian 7.35 malam itu, kemalangan membabitka­n kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dan Proton Saga dinaiki lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Ng Kong Soon berkata, kemalangan itu mengakibat­kan penumpang hadapan Myvi, A Santhiran, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang memandu S Gunaseelan, 31, parah dan kini koma.

Menurutnya, lima sekeluarga beralamat di Sungai Manik, Teluk Intan yang menaiki Proton Saga mengalami kecederaan membabitka­n pemandu Nurzeatun Anuar, 28, Anuar Zakaria, 64, Rahimah Mohd Isa, 59, Norlia Anuar, 26 dan Dhia Adieera Nizar Hamidi berusia tiga tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta Myvi dinaiki dua lelaki beralamat di Kampung Seri Jaya, Jalan Gopeng, Batu Gajah dekat sini dari arah Kampar ke Ipoh sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai hilang kawalan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum terbabas memasuki ke laluan bertentang­an.

“Pada masa sama kereta dinaiki lima sekeluarga dipandu Nurzeatun yang bekerja sebagai kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar datang dari arah bertentang­an dan gagal mengelak lalu bertembung kereta yang terbabas itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kong Soon berkata, akibat pertembung­an itu Santhiran cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Gunaseelan patah kedua-dua kaki serta tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Nurzeatun cedera di kaki dan badan, bapanya Anuar cedera dalaman dan sesak nafas manakala ibunya patah kaki kanan dan adik perempuann­ya parah dengan kecederaan di muka, selain seorang kanak-kanak perempuan mengalami luka di bahagian badan.

 ??  ?? SANTHIRAN DUA kereta bertembung dalam kejadian di Kilometer 17.6 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampira­n Rumah Pengasih Amanjaya.
SANTHIRAN DUA kereta bertembung dalam kejadian di Kilometer 17.6 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampira­n Rumah Pengasih Amanjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia