Harian Metro

Matahari tegak

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan news@nstp.com.my

 Fenomena ekuinoks dijangka pada 20 Mac ini

Keadaan cuaca panas ketika ini disebabkan fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku pada 20 Mac ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia Alui Bahari berkata, kedudukan matahari kini semakin hampir dengan garisan Khatulisti­wa, sekali gus menyebabka­n negara berhampira­n lokasi itu mengalami peningkata­n suhu.

Alui berkata, suhu paling tinggi di negara ini ketika fenomena itu berlaku dijangka mencapai 37 darjah Celsius antara jam 1 tengah hari dan 4 petang.

“Selain fenomena ekuinoks, keadaan cuaca panas dan kering melanda seluruh negara turut menyumbang kepada faktor peningkata­n suhu.

“Suhu akan kembali normal dalam tempoh lima atau enam hari selepas fenomena itu.

“Namun, penurunan dan peningkata­n suhu di sesebuah lokasi berbeza kerana turut dipengaruh­i taburan hujan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang atau panik kerana bacaan suhu semasa belum mencapai tahap kepanasan melampau hingga boleh memudaratk­an kesihatan manusia.

Ekuinoks berlaku apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulisti­wa selepas bergerak dari hemisfera selatan ke utara yang menyebabka­n cuaca lebih panas daripada biasa.

Ia adalah fenomena biasa berlaku dua kali setahun iaitu pada Mac dan September.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia