Harian Metro

Rindu lawak semula jadi arwah

-

Johor Bahru: “Arwah (suami) memang memiliki bakat membuat lawak secara semula jadi termasuk di rumah dan ia kenangan indah kami sampai bila-bila,” kata Azlina Azis, 40.

Azlina, balu bekas peserta Raja Lawak 5 (2010), Nizam Solah, 42, yang meninggal dunia, 21 Januari lalu.

Menurutnya, arwah yang bekerja di sebuah gudang di syarikat menjual kereta di bandar raya itu tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

“Sehari sebelum arwah meninggal, seperti biasa saya bersalam dengannya dan dia keluar rumah dengan wajah ceria, namun pada tengah hari saya terima panggilan daripada rakan sekerjanya menyatakan suami dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.

Azlina berkata, suaminya disahkan meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi walaupun sebelum ini arwah tidak pernah dikesan menghidap komplikasi kesihatan.

Katanya, dia kini menyara tiga anak berusia lapan, 12 dan 14 tahun.

“Saya bersyukur kerana hasil carumannya di Pertubuhan Kebajikan Sosial Pekerja (Perkeso), membolehka­n kami menerima faedah pencen penakat bagi meringanka­n beban termasuk menguruska­n perbelanja­an persekolah­an anak serta membayar pinjaman rumah,” katanya.

Azlina berkata demikian ketika menerima cek daripada Perkeso termasuk faedah pengurusan mayat RM2,000 dan sebahagian pencen penakat iaitu RM403 di kediamanny­a di sini, semalam.

Ia disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar dan Penolong Pengarah Perkeso Negeri Johor, Salmah Sabran.

 ??  ?? ZAINI (kiri) menyampaik­an cek daripada Perkeso kepada Azlina.
ZAINI (kiri) menyampaik­an cek daripada Perkeso kepada Azlina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia