Harian Metro

HARAP -HARAP JANGAN BE RU L A NG

- Syanty Octavia Amry & Awaina Arbee cnews@nstp.com.my

 Orang ramai, peniaga lega bekalan air di kebanyakan kawasan mula pulih walaupun tekanan masih rendah

Shah Alam

Bekalan air di kebanyakan kawasan sudah pulih secara berperingk­at walaupun tekanan masih rendah.

Malah, sudah dapat dilihat aktiviti perniagaan di beberapa premis seperti cuci kereta, restoran, sekolah dan rumah berjalan seperti biasa berikutan keadaan it u .

Pekerja pencuci kereta yang mahu dikenali,

Abul gembira apabila perniagaan­nya sudah boleh beroperasi seperti sedia kala.

“Sebelum ini, premis saya tidak menjalanka­n kerja-kerja mencuci kenderaan berikutan bekalan air terganggu dan terpaksa berpindah ke tempat lain.

“Memang lega apabila air sudah ada dan berharap kejadian ini tidak berulang,” katanya yang mempunyai kedai cuci kereta di Seksyen 7, di sini.

Bagaimanap­un, ada sesetengah pengguna merungut berikutan bekalan air masih lambat dip er oleh.

Pengasuh bayi, Siti Amira, berkata, bekalan air di tempat tinggalnya yang terletak di Seksyen 17 mula terganggu sejak malam Isnin lalu.

“Rasa gembira apabila bekalan air sudah pun dipulihkan, tetapi ia sangat perlahan sehingga menyukarka­n saya yang menjaga ramai kanak-kanak yang sentiasa memerlukan air , ” kat any a.

Siti Amira berkata, Ahad lalu, tidak ada air di kawasan perumahann­ya dan bekalan dihantar pada waktu tengah malam.

Dia turut kesal syarikat berkaitan menghantar lori air pada jam 3 pagi.

“Kenapa mereka menghantar bekalan air pada waktu tengah malam? Orang sedang tidur dan mereka tidak boleh mengharapk­an orang ramai untuk bangun pada waktu itu,” kat any a.

Pada 10 Mac lalu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memaklumka­n bahawa bekalan air di kawasan yang terjejas di sekitar Lembah Klang akan disalurkan secara berperingk­at berikutan gangguan air yang berlaku selama empat hari.

Gangguan bekalan air bermula pada 6 Mac dan sepatutnya berakhir pada 9 Mac. Namun, tempohnya terpaksa dilanjutka­n selepas Sistem Mampatan Udara

pecah pada 6 Mac lalu.

Kesan daripada itu, sebanyak 505 kawasan di Lembah Klang terpaksa berdepan dengan masalah gangguan bekalan air.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad ketika dihubungi berkata, bekalan air di keseluruha­n yang terjejas sudah pulih 100 peratus.

“Bekalan air di kawasan seperti

Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala

Langat 100 peratus pulih sepenuhnya.

“Namun, tiga kawasan di Wilayah Petaling masih lagi dalam proses pemulihan berikutan ia berada di lokasi tinggi dan d ipenghujun­g sistem agihan.

“Antara kawasan terbabit ialah Taman

Bukit Kuchai, Bandar Puchong Jaya dan Subang Jaya iaitu di SS12 hingga SS19,” katanya.

Raof berkata, pihaknya prihatin atas kesulitan dihadapi pengguna dan memohon maaf terhadap kesulitan yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia