Harian Metro

250 jenis pokok jayakan masjid dalam taman

-

Jasin: Bagi menjayakan sektor pelanconga­n Islam di Melaka, Jawatankua­sa Masjid Kampung Tedong, Merlimau di sini, melaksanak­an konsep masjid dalam taman dan kebun dengan menanam lebih 250 pelbagai jenis pokok.

Konsep dimulakan pada pertengaha­n tahun lalu itu turut mengenenga­hkan pelbagai tanaman dikategori­kan hampir pupus atau kurang popular antaranya pokok nam nam, belunjai, mentega dan semarak api.

Pengerusi masjid itu, Datuk Akhbar Ali berkata, kebanyakan pokok di situ dibeli dari nurseri seluruh Melaka selain sumbangan orang ramai yang ingin menyertai projek amal berkenaan.

“Pihak jawatankua­sa masjid turut mendapatka­n khidmat nasihat dan anak pokok daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi penanaman dan penjagaan pokok memandangk­an ada antaranya yang hampir pupus.

“Kita jangka hasil yang dapat dituai antaranya seperti pokok lokam, kelat kayu, semarak api dan tekoma dalam tempoh kira-kira lima tahun dari sekarang,” katanya ketika ditemui.

Dengan berkeluasa­n hampir 0.4 hektar, jawatankua­sa masjid terbabit menggunaka­n sepenuhnya kawasan tanah itu selepas berjaya membina parkir tambahan untuk lebih 50 kereta dengan kos hampir RM200,000, bersebelah­an masjid berkenaan.

Bagi menyelaras dan memudahkan majlis korban dan akikah di kampung itu pula, sebuah stesen penyembeli­han yang lengkap dan dapat menguruska­n lebih 10 ekor binatang korban pada satu-satu masa turut dibina.

Akhbar berkata, satu kalendar musim buah-buahan dan bunga-bungaan akan dibangunka­n di laman sosial bagi memudahkan penggemar atau pengunjung merancang untuk mengunjung­i masjid itu.

Katanya, secara tidak langsung konsep yang dibangunka­n pihaknya dapat mengimarah­kan masjid itu, di samping beramal dengan tidak mengenakan sebarang harga, khusus untuk pengunjung menikmati hasil dusun di masjid berkenaan.

“Hasil yang terkumpul akan digunakan untuk membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan orang awam di tapak sedia ada bersebelah­an bangunan masjid ini.

“Beberapa pemilik tanah sawah yang berada di sekitar kawasan ini juga bersetuju untuk mewakafkan tanah mereka untuk diselengga­ra dan dimajukan jawatankua­sa masjid,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tedong, Ashri Komeng berkata, pihaknya turut mengenal pasti industri kampung yang dapat dimajukan sebagai konsep pelanconga­n selaras dengan konsep masjid berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia