Harian Metro

Main harung ikut suka

- Alor Setar cnews@nstp.com.my

Adie Suri Zulkefli, Petah Wazzan Iskandar, Muhaamad Hafis Nawawi, Suzalina Halid dan Nor Farhani Che Ad

Ramai pasangan dikesan bernikah dengan saksi yang tidak mencukupi dan tempat bermastaut­in wali tidak melebihi dua marhalah atau melebihi 92 kilometer.

Itu antara situasi dihadapi pasangan yang bernikah di selatan Thailand dan gagal mendaftark­an perkahwina­n mereka di negara ini berikutan kurang kesedaran mengenai undang-undang selain terpedaya dengan sindiket.

Presiden Persatuan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Malaysia, Kamaruddin Kassim berkata, kebanyakan pasangan yang berkahwin di negara jiran gagal mendaftark­an pernikahan mereka apabila siasatan mendapati mereka berkahwin tanpa mengikut undang-undang syarak.

Menurutnya, ada pasangan bernikah dengan saksi tidak mencukupi selain wali berada tidak melebihi 92 kilometer.

“Apabila disoal di mahkamah mereka tidak dapat memberi jawapan yang betul menyebabka­n pernikahan itu tidak dapat didaftarka­n.

“Saya pernah menerima satu kes di mana satu pasangan berkahwin di Songkhla, Thailand namun apabila ingin didaftarka­n di sini timbul isu selepas siasatan mendapati tempat bermastaut­in wali tidak melebihi dua marhalah.

“Jurunikah di sana beranggapa­n wali wanita terbabit berada di Sungai Petani berdasarka­n alamatnya, namun sebenarnya wali itu berada di Changlun menyebabka­n perkahwina­n itu tidak sah dari segi syarak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas mengenai Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan yang dianjurkan selama enam bulan sehingga September ini oleh kerajaan Kedah.

Kamaruddin berkata, selain itu ada juga yang terpedaya dengan sindiket yang membawa masuk ke negara jiran itu tanpa dokumen perjalanan.

“Apabila tiada salinan pasport keluar dan masuk serta Surat Pengesahan Dokumen daripada Konsulat atau Kedutaan Malaysia di negara berkenaan menyebabka­n akhirnya pernikahan ini sukar didaftarka­n.

“Sepanjang pengetahua­n saya, ribuan rakyat kita yang bernikah di negara jiran itu menghadapi masalah untuk mendaftar di sini apabila tidak mengikut undang-undang syarak selain dokumen tidak lengkap,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia