Harian Metro

Arwah tak suka epal sebelum ‘pergi’

-

Shah Alam: “Arwah memang suka epal. Tetapi, dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum dia ‘pergi’ dia tidak mahu epal,” kata Nor Faizah Mohamed, anak saudara kepada bekas Pengarang Sukan Harian Metro (HM), Abdul Rahim Zain, 61.

Abdul Rahim meninggal dunia akibat penyakit jantung di rumahnya di Alam Megah, di sini, jam 7.50 malam kelmarin.

Beliau sebelum ini bersara awal daripada dunia kewartawan­an apabila mengambil tawaran Skim Perpisahan Sukarela (VSS), pada 2004.

Nor Faizah yang juga bekas wartawan sukan Harian Metro berkata, dia mendapat tahu perubahan Abdul Rahim yang sudah tidak menggemari epal daripada saudaranya.

“Ramai yang tidak tahu bahawa arwah ada ‘kembar tahun’ bernama Othman, 61. Kembar tahun adalah gelaran yang kami beri pada adik-beradik yang lahir dalam tahun yang sama.

“Arwah lahir 15 Januari 1957, manakala Othman lahir 15 Disember.

“Pak cik Othman memberitah­u dia ada mengunjung­i adiknya (Abdul Rahim) dua minggu lalu. Ketika itu, dia sudah tidak berapa gemar makan.

“Epal yang menjadi kesukaanny­a pun (arwah) tidak mahu makan,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Sementara itu, balu Allahyarha­m, Jainab Rasul, 59, berkata, kesihatan suaminya merosot sejak beberapa tahun kebelakang­an ini terutama selepas beliau diserang angin ahmar.

Selain Jainab, Allahyarha­m meninggalk­an tiga anak Imartina, 33, Abdul Wafiy, 27, Abdul Fayyadh, 21, serta seorang menantu dan dua cucu.

Jenazahnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini pada jam 10.53 pagi semalam.

 ??  ?? ABDUL Fayyadh (kiri) bersama Abdul Wafiy (kanan) pada pengkebumi­an bapanya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, semalam.
ABDUL Fayyadh (kiri) bersama Abdul Wafiy (kanan) pada pengkebumi­an bapanya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia