Harian Metro

Gambar lamalah! Kongsi modul pemulihan

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Johor Bahru: Gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang diletakkan di lebuh raya yang tular di media sosial adalah gambar lama.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika mengesahka­n perkara itu berkata, langkah penguatkua­saan itu pernah digunakan polis trafik.

Bagaimanap­un, katanya, kali terakhir ia digunakan adalah 15 tahun lalu.

“Saya sudah mendapatka­n maklum balas trafik Bukit Aman dan peronda lebuh raya yang mengesahka­n gambar tular itu adalah gambar lama,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, gambar polis trafik memegang kamera perangkap had laju menjadi tular selepas dimuat naik di laman sosial Facebook (FB).

Ia menunjukka­n gambar anggota polis trafik lengkap berpakaian seragam dan memegang kamera perangkap had laju.

Ia dikatakan diletakkan di pembahagi jalan berhampira­n jambatan kononnya bagi menakutkan pengguna jalan raya yang memandu laju.

Gambar itu menerima banyak komen dan menganggap­nya cara pasukan keselamata­n untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

Keupayaan negara memulihkan tahanan radikal dan ekstrem menerusi program deradikali­sasi oleh Jabatan Penjara Malaysia sewajarnya dicontohi negara lain terutama kerana pencapaian itu mendapat pengiktira­fan daripada Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

Pencapaian kejayaan program deradikali­sasi di negara ini mencatatka­n kadar pemulihan sehingga 95 peratus membabitka­n pesalah ideologi, sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terbaik dalam program pemulihan tahanan radikal.

Sejajar pencapaian itu, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurk­an Forum Antarabang­sa Program Deradikali­sasi pada Khamis ini di kolej terbabit dan meletakkan objektif perkongsia­n modul pemulihan yang dilaksanak­an di Malaysia sebagai antara tema perbincang­an. Rektor KUIPs Prof Madya Dr Mohd Mizan

 KUIPs anjur forum deradikali­sasi Khamis ini

Mohd Aslam berkata, objektif program ini antara lain ingin berkongsi modul pemulihan yang dilaksanak­an di negara ini dengan beberapa negara rantau Asia Tenggara.

“Program pemulihan tahanan radikal di negara ini sudah membuktika­n kejayaan yang begitu besar iaitu lebih 95 peratus kadar pemulihan dan sudah pasti modul itu perlu dikongsi dengan beberapa negara rantau Asia Tenggara.

“Kami mahu program pemulihan radikal bukan bersifat sendirian atau sesebuah negara saja, tetapi untuk semua pihak supaya masalah ekstremism­e ditangani secara menyeluruh.

“Masalah utama yang dihadapi negara lain adalah tahap pemulihan tahanan radikal adalah rendah mengakibat­kan masalah berkenaan tidak menemui jalan penyelesai­an sebaliknya kian berkembang,” katanya.

Mohd Mizan yang juga anggota Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri berkata, perkongsia­n itu diharap dapat dimanfaatk­an wakil atau pakar dari negara lain.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang tular selepas dimuat naik di FB adalah gambar lama.
GAMBAR polis trafik memegang kamera perangkap had laju yang tular selepas dimuat naik di FB adalah gambar lama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia