Harian Metro

Bayi maut tercampak dari kereta ibu

-

Jelebu: Bayi perempuan sembilan bulan maut tercampak dari kereta dipandu ibunya yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan membabitka­n tiga kenderaan itu berlaku jam 7.30 malam.

Katanya, ketika kejadian pemandu Toyota Vios, Lim Hui Chee, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Kuala Klawang.

“Setiba di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan ketika mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentang­an sebelum melanggar Honda Civic dari arah Kuala Klawang.

“Kereta mangsa berpusing beberapa kali sebelum dilanggar Proton Saga dari Kuala Klawang.

“Akibat kemalangan itu bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku bapanya Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar dari kereta ke tengah jalan,” katanya.

Kamarul Rizal berkata, pemandu Proton Saga Luqman Al Hakim Fouzar, 23, dari Simpang Durian cedera di leher manakala pemandu dan penumpang Honda Civic dari Pelabuhan Klang tidak cedera.

Katanya, bayi dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Bagaimanap­un bayi malang itu disahkan meninggal dunia jam 7.50 pagi semalam berikutan parah di kepala.

“Polis menjalanka­n siasatan lanjut kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

dengan simptom komplikasi hati membengkak, buah pinggang dan paru-paru berair selepas sebulan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Selangor.

Musa berkata, tiada apa yang lebih menggembir­akan dia dan isteri, Noraidah Md Nor, 40, apabila melihat perkembang­an Nureen Damia selepas berdepan dengan komplikasi itu namun keadaan anaknya itu masih perlu dipantau sepenuhnya.

Katanya, bil hospital keseluruha­n adalah sebanyak RM476,000 dan sebelum itu dia sudah membayar RM300,000 hasil pinjaman peribadi serta sumbangan.

Menurutnya, dia bersyukur baki bayaran itu dapat diselesaik­an dengan bantuan disalurkan selepas berita mengenainy­a disiarkan akhbar.

“Tiada apa yang dapat saya katakan melainkan rasa syukur dan ucapan jutaan terima kasih kepada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan orang ramai, rakan, keluarga serta pengurusan tempat kerja yang sudi membantu kami,” katanya.

Musa berkata, ketika ini mereka masih memantau pertumbuha­n darah dan kesihatan Nureen Damia yang akan menjalani rawatan susulan dua kali sebulan di hospital sama.

Katanya, Nureen Damia dalam keadaan baik kerana dapat pulang ke rumah sejak 4 Mac lalu, cuma dia tidak boleh terlalu lasak selain dikuaranti­n dan memakai penutup muka bagi mengelak jangkitan.

 ??  ?? NUREEN Damia (kiri) bersama kembarnya, Nureen Dania (kanan) dan Muhammad Rayyan Isaac yang turut menghidap beta-thalassemi­a major.
NUREEN Damia (kiri) bersama kembarnya, Nureen Dania (kanan) dan Muhammad Rayyan Isaac yang turut menghidap beta-thalassemi­a major.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia