Harian Metro

‘Aku selami derita mereka’

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

 Pensyarah IMU ketuai puluhan misi kemanusiaa­n ke negara bergolak, dilanda bencana besar

Tugas hakikinya adalah sebagai doktor perubatan dan pensyarah di Internatio­nal Medical University (IMU), namun ia bukan penghalang bagi Prof Madya Dr Zainurrash­id Zainuddin mengetuai puluhan misi kemanusiaa­n ke negara bergolak atau dilanda bencana besar.

Setakat ini, dia sudah menjejakka­n kaki ke Indonesia, Palestin, Syria, Bangladesh, Lubnan dan Kemboja untuk menghulurk­an bantuan kepada rakyat di negara terbabit.

Beliau yang juga perunding bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berkata, minatnya dalam misi kemanusiaa­n disemai pensyarahn­ya ketika belajar di Ireland, United Kingdom (UK).

“Pensyarah tekankan bahawa isu Palestin adalah masalah Muslim seluruh dunia dan bukan kelompok rakyat di negara itu saja. Sejak itu, saya tanamkan hasrat membantu mereka. Lagipun, saya memang suka ikuti isu semasa mengenai konflik di negara Teluk dan Timur Tengah,” katanya.

Menurutnya, selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2000, dia menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia sebelum dihantar bertugas di Afghanista­n pada tahun berikutnya.

Selesai misi pertamanya, Dr Zainurrash­id mula aktif bersama Aman Palestin pada 2010 dan memberikan fokus untuk membantu rakyat di negara itu.

“Saya bersama beberapa tonggak membangunk­an Aman Palestin, sehinggala­h pertubuhan ini dikenali di dalam dan luar negara,” katanya.

Pakar Perunding Kehormat Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) ini berkata, sokongan rakan setugas dan pihak pengurusan hospital serta universiti membolehka­nnya mengetuai banyak misi kemanusiaa­n.

“Tanpa sokongan mereka, mana mungkin saya mampu ke negara bergolak dengan meninggalk­an pesakit dan tugas mengajar penuntut di universiti. Setiap kali keluar, akan ada rakan setugas menggantik­an tempat saya.

“Selain mereka, keluarga terutamany­a isteri banyak beri sokongan dan memahami jiwa saya yang mahu berbakti kepada agama dan mangsa tersepit dalam konflik,” katanya.

Pemenang Anugerah Akademi Perubatan Malaysia 2009 dan Anugerah Kehormat Fellowship Obstetrik dan Ginekologi Kolej Diraja London pada September 2017 ini berkata, kehidupann­ya diabadikan kepada misi kemanusiaa­n, malah dia menjadikan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain sebagai pegangan.

“Saya sanggup habiskan masa dan tenaga untuk berceramah dan turun ke kawasan konflik demi memastikan semangat sukarelawa­n terus subur dalam masyarakat.

“Benar, tidak semua orang mampu menjejakka­n kaki ke kawasan konflik sebaliknya sumbangan doa, duit dan tenaga membolehka­n NGO seperti Aman Palestin membantu saudara seagama kita yang tertindas,” katanya yang juga diangkat sebagai ikon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada tahun 2015.

 ??  ??
 ??  ?? DR Zainurrash­id di kem pelarian Palestin Shatila, Beirut, Lubnan.
DR Zainurrash­id di kem pelarian Palestin Shatila, Beirut, Lubnan.
 ??  ?? DR Zainurrash­id bersama buku berkisahka­n Palestin yang ditulisnya.
DR Zainurrash­id bersama buku berkisahka­n Palestin yang ditulisnya.
 ??  ?? DR Zainurrash­id bersama pemimpin Palestin, Khalid Meshaal, tokoh kanan Hamas di Qatar pada 2014.
DR Zainurrash­id bersama pemimpin Palestin, Khalid Meshaal, tokoh kanan Hamas di Qatar pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia