Harian Metro

Hutang bawah 55%

- Mohd Anwar Patho Rohman, Idris Musa, Rizanizam Abdul Hamid, Luqman Arif Abdul Karim, Farhana Syed Nokman dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@nstp.com.my

 Keutuhan ekonomi dilihat pada kemampuan bayar balik pinjaman

Saiz hutang bukan ukuran utama keutuhan ekonomi Malaysia, sebaliknya ia bersandark­an kemampuan negara dalam menjelaska­n pembayaran balik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaska­n, soal pengurusan hutang negara dikendalik­an dengan baik kerana peratusann­ya daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dikekalkan kepada 50.8 peratus berbanding kadar maksimum iaitu 55 peratus.

Bagaimanap­un, katanya, jumlah keseluruha­n hutang negara yang semakin menguncup bukan sandaran utama dalam menentukan kekuatan ekonomi Malaysia.

“Tetapi kekuatanny­a terletak pada kemampuan kita membayar balik hutang. Kalau sebut Singapura, hutang mereka lebih besar, tetapi kemampuann­ya membayar balik tetap ada.

“Jadi, kita ada kemampuan bayar balik yang tidak boleh dipersoalk­an kerana badan penarafan antarabang­sa meletakkan Malaysia dalam kategori A.

“Ia bermakna kewangan negara termasuk hutang diuruskan secara baik dengan harapan bahawa masalah air di Selangor juga akan diselesaik­an sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat yang mengundang kekecohan sebaik sidang minggu kedua, penggal keenam membuka tirainya.

Suasana dewan yang bertukar hingar itu tercetus apabila Mohamed Azmin mengajukan soalan sama ada peningkata­n jumlah pembayaran faedah hutang negara kepada 12.5 peratus mempunyai kaitan dengan kemelut 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Topik sensasi itu menyaksika­n beberapa Ahli Parlimen bangkit menyuaraka­n bantahan berhubung rasional soalan terbabit, selain kedengaran kritikan balas: “Isu air Selangor lagi kritikal. Kenapa tak selesaikan?”

 ??  ?? NAJIB menjawab soalan yang diajukan pada sidang minggu kedua, semalam.
NAJIB menjawab soalan yang diajukan pada sidang minggu kedua, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia