Harian Metro

Isa, Faizoull beri kebenaran

-

Kuala Lumpur: Tanda tanya individu dari FELDA yang menandatan­gani surat kebenaran memberi kuasa wakil penuh (PA) kepada Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) bagi membangunk­an 24 lot tanah milik agensi itu di Jalan Semarak di sini, akhirnya terjawab pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Dewan Rakyat diberitahu, individu yang menandatan­gani PA dalam perjanjian yang berlaku pada 3 Jun 2014 adalah Pengerusi dan Pengarah Besar FELDA pada masa itu.

Mereka ialah Tan Sri Isa Abdul Samad yang juga Pengerusi FELDA, manakala Datuk Faizoull Ahmad adalah Pengarah Besar FELDA.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkata, nama individu terbabit disebut dalam Laporan Audit Forensik yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat skandal tanah FELDA.

“Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh sembunyika­n (sesiapa). PA itu ditandatan­gani oleh Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA ketika itu.

“Tetapi, (jawapan ini) bukan (hendak menentukan) siapa betul atau siapa salah. Ini kerana siasatan masih dijalankan. Saya sebut ini kerana dibangkitk­an dan ada banyak syor dan penemuan dalam audit forensik,” katanya.

Sebelum ini, individu yang bertanggun­gjawab menandatan­gani PA itu ‘kabur’ dan Pengerusi FELDA pada masa ini, Tan Sri Shahrir Samad berdolak dalik untuk tidak menamakan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dalam urusan pemindahan tanah FELDA di Jalan Semarak.

Beliau sebaliknya mengemukak­an hasil laporan audit forensik kendalian firma luar yang dilantik Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendapati secara kolektif, Lembaga Pengarah FELDA dan FELDA Investment Corporatio­n Berhad (FIC) terbabit dalam urusan itu.

Razali turut berkata, kerajaan tidak boleh mendedahka­n semua dokumen 240 dokumen, minit mesyuarat lembaga FELDA dan audit forensik kerana ia masih dalam proses melengkapk­an siasatan.

 ?? Razali ?? Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh sembunyika­n (sesiapa). PA itu ditandatan­gani oleh Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar
FELDA ketika itu”
Razali Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh sembunyika­n (sesiapa). PA itu ditandatan­gani oleh Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA ketika itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia