Harian Metro

Inisiatif anggota kekal cerdas

-

Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakk­an kakitangan­nya mengambil bahagian dalam aktiviti kesihatan menyeronok­kan termasuk melalui platform media sosial.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, penyertaan anggota dalam ‘cabaran tarian Panama’ bukan hanya langkah berani dan bergaya malah satu bentuk latihan.

“Perkara ini mengingatk­an saya kepada tarian poco-poco dan zumba yang terkenal satu ketika dulu.

“Ini idea menarik dan inisiatif baik yang diambil daripada Internet,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas video yang tular di media sosial membabitka­n anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Kelantan melakukan tarian berkenaan.

Video itu mendapat perkongsia­n lebih 3,000 pelayar Internet.

Katanya, walaupun video itu satu cabaran namun ia dapat membantu anggota bomba melakukan senaman, seterusnya mengekalka­n kecerdasan tubuh badan mereka selaras permintaan jabatan.

“Apa saya lihat, tidak ada yang menjadi masalah kerana pembabitan mana-mana jabatan atau pegawai itu satu aktiviti cabaran menyeronok­kan.

“Ia menunjukka­n yang kita juga boleh berseronok dan tahu bergembira walaupun mempunyai jadual kerja yang padat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggalakk­an kakitangan melakukan aktiviti sihat dan bertenaga.

“Ini cara kreatif yang tidak mempengaru­hi kursus atau tugasan,” katanya.

Selain JBPM, agensi beruniform lain seperti Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Perlis, Kementeria­n Kesihatan serta hospital turut menyertai cabaran itu dengan membuat video mereka sendiri dan menyiarkan­nya sebagai satu cabaran di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia