Harian Metro

Tampil lebih santai

- DARI MUKA R21

Hefny teruja kerana kali pertama kemudi bual bicara bercorak gaya hidup

“Ketika itu, masing-masing akan belajar perwatakan sesama sendiri sekali gus mewujudkan keserasian ketika mengendali­kan Borak Kopitiam. Saya anggap pembabitan dalam program ini peluang meneroka bidang pengacaraa­n dengan lebih luas,” katanya.

Pengacara Muzik-Muzik 32 itu menerima baik tawaran menyertai Borak Kopitiam kerana ia kali pertama dia akan mengemudi bual bicara bercorak gaya hidup dan bersiaran secara langsung seawal jam 7 pagi sehingga 9 pagi.

Dia dan rakan pengacara lain akan tampil lebih santai sama ada daripada sudut perkongsia­n maklumat mahupun pemakaian sesuai dengan konsep program berkenaan yang menyasarka­n golongan muda sebagai penonton.

“Saya tidak pernah mengacarak­an program bercorak ‘life style’ dan secara langsung pada awal pagi. Sebab itulah saya menerima tawaran ini.

“Saya pernah menjadi hos untuk beberapa program lain. Walaupun santai, tetapi masih perlu memakai sut. Untuk Borak

Kopitiam, saya hanya perlu tampil kemas,” katanya.

Walaupun Borak

Kopitiam sebuah program baharu,

Hefny yakin ia akan mendapat sambutan daripada penonton.

Setiap segmen yang diselitkan dalam Borak

Kopitiam adalah perkara yang menjadi minat anak muda pada masa ini. Pastinya ia akan menarik golongan berkenaan untuk terus mengikuti rancangan itu.

“Saya percaya ada penonton yang akan jadi peminat dan mengikuti setiap episod Borak Kopitiam. Bagaimanap­un, perlu kerja keras untuk beberapa episod untuk tarik perhatian penonton,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia