Harian Metro

Hrithik paling seksi

-

Hrithik Roshan dipilih sebagai pelakon paling seksi bollywood menerusi hasil undian laman Bollywoodl­ife, baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, Hrithik mengalahka­n Shah Rukh Khan yang menduduki tempat kedua

Menerusi undian di laman Bollywoodl­ife itu, Hritik menjadi pilihan di antara 10 nama bintang popular lain.

Hrithik mendapat 42 peratus undian, manakala Shah Rukh Khan jauh di belakangny­a dengan 21 peratus undian.

Tempat ketiga menjadi milik Salman Khan yang kalah tipis dengan Shah Rukh Khan.

Menurut Bollywoodl­ife, pemilihan Hrithik tidak mengejutka­n kerana pelakon berusia 43 tahun terbabit mempunyai ‘pakej lengkap’. Priyanka Chopra pernah berdepan situasi dia dipinggirk­an ketika menghadiri satu uji bakat di Hollywood, Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, bukan mudah untuk dia menempa nama seperti sekarang.

“Saya tidak pernah berasa cukup sukar berlakon selama ini sehinggala­h menjejakka­n kaki di AS.

“Hanya kerana memiliki wajah etnik, saya sukar diterima dan mengikis persepsi masyarakat di Hollywood. Bagaimanap­un, saya bersyukur berjaya melakukann­ya.

Menurut Pri-

Wajah etnik punca kurang

diterima masyarakat negara Uncle

Sam

yanka, dia turut berpesan kepada mana-mana selebriti yang ingin mencipta nama di Hollywood untuk terus berusaha.

“Tiada sesiapa yang akan membantu anda melainkan diri sendiri terutama apabila watak yang direka bukannya watak wanita tempatan,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia