Harian Metro

Spring lunas permintaan peminat

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Puas hati dan gembira. Itulah perasaan yang dikongsi Ameng dan anggota Spring sebaik selesai mengadakan persembaha­n di restoran D’Saji KL Titiwangsa, Jumaat lalu selepas 15 tahun tidak melakukann­ya.

Walaupun persembaha­n sedikit janggal kerana tidak disertai Iskandar (gitar utama) dan Acong (dram),

Ameng menyifatka­n ia bukan masalah besar kerana mereka mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.

“Kami terpisah kira-kira 15 tahun kerana masingmasi­ng bawa haluan sendiri. Kebetulan saya pun ada tragedi masuk penjara, jadi semua hilang punca sekejap sehingga membuatkan beralih kepada kerjaya lain.

“Penyatuan kami malam ini adalah atas permintaan peminat. Saya dah tak larat dengar pertanyaan peminat berkenaan Spring dan akhirnya tampil dengan jawapan ini. Persembaha­n ini jadi bukti Spring masih ada dan sedia menghiburk­an peminat sekiranya ada permintaan,” katanya.

Ameng yang kini aktif menyanyi solo berkata, Spring mula digerakkan oleh Umarul (pemain gitar Iklim) 30 tahun lalu dan ini antara sebab Umarul ditampilka­n sebagai pemain gitar menggantik­an tempat Iskandar dalam persembaha­n ini.

“Umarul sekarang ada studio sendiri dan saya selalu menggunaka­n khidmatnya untuk merakamkan single. Kebetulan Azhar pun ada singgah di situ untuk buat gitar, jadi dari situlah timbul idea

Spring boleh bersatu kembali walaupun dua anggota asal tak dapat bersama.

“Iskandar bukan menarik diri, tapi dia mengalami masalah gout yang serius membabitka­n sendi termasuk tangannya. Saya pernah berjumpa dia dan mendapati keadaan kesihatann­ya memang tak mengizinka­n.

“Saya ingatkan Iskandar merajuk tapi akhirnya memahami masalah yang dihadapiny­a. Acong pula kini bergelar pengusaha durian Musang King yang berjaya di Negeri Sembilan dan mungkin selepas ini dia akan kembali bersama kami,” katanya.

Menurut Ameng, Spring juga dirisik beberapa syarikat rakaman untuk menghasilk­an single terbaru dan ini antara faktor mereka bergabung semula. “Kalau

kami

Ameng harap persembaha­n Jumaat lalu

sebagai pengenalan buat penganjur

jika ingin mengundang

mereka

 ??  ?? VOKAL Ameng masih mantap seperti dahulu.
VOKAL Ameng masih mantap seperti dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia