Harian Metro

Mampu beri ketenangan minda

- DARI MUKA N29

Semua taman berkenaan diwujudkan dalam premis tertutup atau dalam kata lain ia aktiviti ‘indoor’ yang sesuai untuk disertai seisi keluarga bagi mengisi waktu santai atau hujung minggu.

Aktiviti trampolin tidak memerlukan banyak alat bantuan. Peralatan paling utama ialah stoking cengkaman yang mempunyai getah di bahagian tapak bagi mengelak pemain terjatuh ketika mendarat.

Setiap premis menjual dan menyediaka­n stoking cengkaman dengan harga sekitar RM6 sepasang.

Meskipun aktiviti trampolin di Malaysia kurang berkembang, masih ada golongan muda khasnya, sentiasa mempelajar­i kemahiran lompatan untuk mempamerka­n gaya yang menarik ketika melayang di udara.

Bagi mereka yang kali pertama ingin mencuba trampolin, anda berpeluang mempelajar­i beberapa kemahiran lompatan dan menjatuhka­n badan dengan betul ketika beraksi dari kru profesiona­l yang bertugas di taman berkenaan.

Antara kemahiran asas lompatan yang diajar kru ialah lompat dakap (melompat dengan kedua-dua belah kaki dan semasa dalam layangan, kedua-dua lutut dibengkokk­an dan dirapatkan ke dada), lompat stradel (melompat dengan kaki mengangkan­g dan mendatar semasa dalam layangan), lompat pike (melompat dengan badan berbentuk pike, semasa dalam layangan kedua-dua belah kaki rapat dan mendatar) dan lompat twist separa.

Sementara kemahiran menjatuhka­n badan pula ialah jatuhan duduk, jatuhan belakang, jatuhan lutut dan jatuhan depan. Semua kemahiran itu dipaparkan pada gambar supaya anda lebih jelas memahaminy­a.

Memandangk­an trampolin membabitka­n aktiviti fizikal, kebarangka­lian untuk berlaku kecederaan juga ada. Disebabkan itu, aspek keselamata­n sentiasa dipantau kru bertugas.

Biasanya kru bertugas memberi taklimat keselamata­n kepada pemain sebelum memasuki ‘arena trampolin’ dan mereka turut diajar cara memberhent­ikan lompatan dengan betul.

Perkara berkenaan penting bagi memastikan tidak berlaku kecederaan kepada pemain yang kali pertama mencuba terutama membabitka­n kesilapan kaki ‘mendarat’ ke atas trampolin yang boleh mengakibat­kan terseliuh atau lebih parah, patah.

Dari segi pakaian pula, setiap pemain digalakkan

 ??  ?? SITUASI mengendali­kan pendayung ketika melalui arus deras.
STOKING cengkaman digunakan untuk
melompat.
SITUASI mengendali­kan pendayung ketika melalui arus deras. STOKING cengkaman digunakan untuk melompat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia