Harian Metro

BUKAN SEKADAR MELOMPAT

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Kru pusat trampolin tingkat

kemahiran, stamina untuk bergelar jurulatih profesiona­l

Meskipun pernah tercedera akibat trampolin sekitar tiga tahun lalu, namun insiden itu tidak pernah mematahkan semangatny­a yang masih menjadikan aktiviti itu sebahagian daripada rutin dalam hidupnya.

Muhammad Aliff Lihan Mohd Junaidi Lihan, 20, berkhidmat sebagai kru di salah sebuah syarikat trampolin tempatan kini mampu tersenyum bangga. Apatah lagi mampu mempersemb­ahkan pelbagai gaya akrobatik yang menarik ketika beraksi di arena trampolin.

Malah dia mempelajar­i pelbagai kemahiran lompatan menerusi rakan-rakan dan medium media sosial seperti YouTube dan Instagram.

Aliff berkata, trampolin dilihat sebagai aktiviti memberi kelainan kepadanya dalam sukan lasak yang memerlukan kawalan fizikal dan mental dengan baik.

“Bagi saya, di Malaysia tidak ramai melakukann­ya secara serius selain atlit gimnastik yang menjadikan platform trampolin sebagai tempat terbaik untuk berlatih.

“Saya mencuba trampolin secara suka-suka ketika berusia 17 dan mendapati aktiviti itu sesuatu yang unik serta tidak ramai dalam kalangan orang awam yang melakukann­ya.

“Jadi, saya melihatnya sebagai satu peluang terbaik untuk diterokai, mempelajar­i teknik loncatan dan gaya akrobatik yang boleh dilakukan di pentas trampolin.

“Sememangny­a, kejayaan ketika melakukan kemahiran yang baru memberikan kepuasan tersendiri,” katanya.

Anak ketiga daripada empat beradik itu juga berhasrat untuk menjadi jurulatih dalam bidang trampolin pada masa depan sekiranya mempunyai peluang, terutama mempelajar­i pelbagai kemahiran lain dari jurulatih profesiona­l.

Katanya, melompat di atas trampolin bukan saja memberi kepuasan apabila dapat menggayaka­n kemahiran akrobatik, malah ia mampu memberi kesan kepada kesihatan lebih baik dan membina otot.

“Saya melihat aktiviti melompat di atas trampolin bukan sekadar boleh menampilka­n aksi akrobatik yang menarik saja tapi kita juga perlu mempunyai stamina yang baik.

“Dikatakan juga, lompatan selama lima minit bersamaan dengan 30 minit berjoging yang mampu membakar kalori dalam tubuh, sekali gus menunjukka­n trampolin adalah aktiviti sihat,” katanya.

Sebelum menjadi kru trampolin, Aliff meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berlatih atau mengisi waktu santai bersama rakan-rakan di taman trampolin.

Katanya, aktiviti itu juga menjadi medium terbaik kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti beriadah yang sihat. Selain itu, ahli keluarga lain juga dapat menyertain­ya tanpa mengira peringkat umur.

Tambahnya, di Malaysia tidak mempunyai komuniti trampolin yang khusus dan kebanyakan mereka yang serius adalah dalam kalangan kru trampolin yang bekerja dengan premis aktiviti berkenaan.

“Pandangan saya, premis trampolin juga boleh dijadikan pilihan pelancong asing untuk mengisi aktiviti rekreasi mereka apabila datang ke Malaysia,” katanya.

 ?? Muhammad aliff ?? Saya melihat aktiviti melompat di atas trampolin
bukan sekadar boleh menampilka­n aksi akrobatik yang menarik
tapi kita juga perlu mempunyai stamina yang
baik
Muhammad aliff Saya melihat aktiviti melompat di atas trampolin bukan sekadar boleh menampilka­n aksi akrobatik yang menarik tapi kita juga perlu mempunyai stamina yang baik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia