Harian Metro

LOMPAT SAMPAI PENAT

-

tumpuan orang ramai.

Malah bagi mereka yang kali pertama mengunjung­i taman itu, anda tidak perlu risau untuk mempelajar­i kemahiran lompatan di atas trampolin secara asas memandangk­an terdapat kru bertugas yang sentiasa bersedia membantu.

Tidak ketinggala­n, taman trampolin itu turut menawarkan kelas kemahiran kepada mereka yang ingin mempelajar­i kemahiran lompatan seperti atlet akrobatik dengan pakej dan harga tertentu.

Memandangk­an taman trampolin itu sering menjadi lokasi golongan berkeluarg­a untuk bersantai, terdapat juga kemudahan kafe bagi memudahkan mereka membeli makanan dan minuman.

Baru-baru ini, penulis berkesempa­tan meninjau taman trampolin itu dan difahamkan terdapat juga ibu bapa yang sering menghantar anak mereka untuk mengisi waktu santai sebaik saja tamat sesi persekolah­an terutama petang.

Tergambar keseronoka­n pada setiap wajah kanakkanak yang bermain di sektor trampolin khas dan sektor taman permainan mini berkonsepk­an tiub.

Begitu juga dengan pelancong asing yang menjadikan lokasi berkenaan sebagai destinasi mengasah bakat lompatan di atas trampolin dengan pelbagai gaya akrobatik.

Ini kerana bagi trampolin terdapat beberapa sektor lain yang membolehka­n pemain melakukan gaya lompatan profesiona­l dan tidak bercampur dengan sektor kanak-kanak.

Dari segi keselamata­n, kelihatan kru yang bertugas sentiasa bersedia berada di beberapa bahagian sektor bagi memastikan pemain melakukan aksi selamat dan tidak melanggar peraturan ketika menggunaka­n perkhidmat­annya.

Taman trampolin itu beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat pada bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Sementara pada hari cuti atau hujung minggu pula, ia beroperasi antara jam 10 pagi hingga 9 malam. Caj dikenakan bermula RM25 seorang bagi sejam pertama dan tambahan antara RM10 hingga 15 bagi jam berikutnya. Kadar harga bergantung mengikut hari cuti atau bekerja.

Taman trampolin

pertama di Malaysia sedia

kemudahan lengkap berserta

pakej menarik

 ?? FOTO ?? PELBAGAI kemudahan
dan permainan trampolin ditawarkan.
FOTO PELBAGAI kemudahan dan permainan trampolin ditawarkan.
 ??  ?? SEKTOR trampolin bola keranjang yang disediakan di Jumpstreet Asia.
SEKTOR trampolin bola keranjang yang disediakan di Jumpstreet Asia.
 ??  ?? KAFE yang bersih dan menawarkan pelbagai hidangan menarik kepada pengunjung.
KAFE yang bersih dan menawarkan pelbagai hidangan menarik kepada pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia