Harian Metro

ATASI TEKANAN, HIDUP CERIA

-

keputusan dan pilihan yang dibuat mengikut keperluan sendiri.

Tidak salah memiliki barangan mewah atau mahal asalkan anda berpijak di bumi yang nyata.

Sebagai contoh, jika ingin memiliki gajet seperti telefon pintar, belilah mengikut keperluan dan bukannya mahu bersaing dengan rakan yang memiliki jenama paling laris di pasaran kerana mungkin spesifikas­inya tidak mengikut keperluan anda.

Jadilah pengguna yang bijak kerana terdapat pelbagai jenis gajet yang mempunyai spesifikas­i sama tapi pada harga jauh lebih rendah. Jangan hanya kerana barang, anda tertekan sehingga mengeruhka­n hubungan dengan keluarga.

Dalam hal lain seperti perkahwina­n, memilih kerjaya mahupun membeli rumah, pastikan anda tidak terpengaru­h dengan orang sekeliling.

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain kerana kehidupan setiap orang berbeza. Jalani kehidupan mengikut keperluan sendiri dan jangan tertekan dengan desakan atau cakap-cakap orang.

Gen Y kini begitu obses dengan kecantikan. Lebih teruk, makna cantik yang ditafsir kebanyakan orang lebih menjurus kepada memiliki kulit putih, badan kurus dan tinggi.

Lambakan ubat-ubatan yang bukan saja mahal tapi tidak diiktiraf Kementeria­n Kesihatan Malaysia turut mengeruhka­n keadaan.

Sama ada tidak mampu membeli atau tidak mendapat hasil yang diingini, ia mendorong kepada tekanan sehingga boleh menjurus kepada kemurungan dan masalah mental.

Percayalah, setiap individu diciptakan unik dan istimewa. Jangan hanya kerana justifikas­i orang ramai mengenai kecantikan membuatkan anda ingin mengubah diri sendiri.

Sebaik-baiknya, mantapkan peribadi kerana

Dalam apa jua keadaan, percayalah anda pasti ‚menang‘ sekiranya bersangka baik. Menang bukan bermaksud anda betul dalam setiap perselisih­an atau perdebatan tidak kira dengan ketua, rakan mahupun keluarga.

Bersangka baik yang mencipta pemikiran positif pasti mewujudkan ketenangan kerana anda tidak berfikiran jauh dan yakin setiap perkara yang datang ada hikmahnya.

Selain itu, sentiasa bersangka baik juga membuatkan segala urusan harian lebih lancar dan mudah kerana tiada dengki atau iri hati.

Percayalah, kehidupan lebih gembira dan tenang tanpa tekanan sekiranya anda positif dengan segala yang mendatang pada anda.

 ??  ?? JALANI hidup mengikut keperluan diri supaya tidak tertekan mengejar perkara yang tidak perlu dimiliki.
JALANI hidup mengikut keperluan diri supaya tidak tertekan mengejar perkara yang tidak perlu dimiliki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia