Harian Metro

AYU PENYANYI KAMPUS

Aktif dalam nasyid berkumpula­n, terima undangan untuk acara di universiti

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Dia bukanlah penyanyi profesiona­l, namun bakat dalam bidang nyanyian memberinya peluang diundang membuat persembaha­n dalam pelbagai acara di dalam dan luar kampus.

Minat dalam bidang seni suara mendorong gadis kelahiran Pasir Gudang, Johor ini untuk terus aktif dan menjadi anggota kumpulan nasyid, CG Malaya.

Menurut Ayu, penyertaan­nya dalam kumpulan nasyid disebabkan peluang yang datang selain didorong keinginan mencuba perkara baru.

Bercerita lanjut, Ayu berkata, nyanyian sudah sebati dengan dirinya sejak kecil dengan kali pertama membuat persembaha­n ketika berumur tiga tahun.

“Jika diikutkan, saya datang daripada keluarga meminati seni terutama ibu yang dulunya aktif sebagai penyanyi lagu Hindustan dan Melayu asli, jadi ke mana lagi tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

“Cuma saya tidak bermula sebagai penyanyi sebaliknya terlebih dulu aktif di pentas teater menerusi penyertaan dalam Karnival Teater UM (Karviter) pada 2016.

“Memandangk­an minat mendalam terhadap bidang nyanyian, saya beranikan diri untuk menyertai Festival Seni UM (FESENI) untuk kategori Melayu Asli dan alhamdulil­lah, percubaan itu berhasil apabila mendapat tempat ketiga dalam pertanding­an berkenaan,” katanya yang turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) Kesenian dan Kebudayaan Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASYOR).

Anak bongsu daripada empat beradik ini berkata, selain berpeluang melakukan perkara diminati, penyertaan dalam kumpulan nasyid turut memberinya peluang mempelajar­i teknik nyanyian yang betul.

Katanya, ia secara tidak langsung memberinya pengetahua­n walaupun tidak mempunyai asas dalam bidang nyanyian.

“Jujurnya , saya tiada pengetahua­n langsung mengenai teknik nyanyian, tetapi dapat mempelajar­inya secara tidak langsung sepanjang aktif menyanyi di kampus.

“Ilmu yang ada itu sekurangku­rangnya dapat menjadikan saya lebih yakin ketika menyanyi walaupun masih tidak dapat membuang perasaan gementar sebelum membuat persembaha­n di pentas.

“Setakat ini, banyak pengalaman yang ditimba dan antara tidak dapat dilupakan adalah ketika menerima undangan nyanyian bersama orkestra UM di Istana Kuala Kangsar,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju,

Ayu berkata, walaupun meminati bidang nyanyian, dia tetap mengutamak­an pelajaran dan hanya akan menjalani latihan pada sebelah malam.

Disebabkan itu, dia akan memberi tumpuan sepenuhnya ketika di dalam bilik kuliah selain menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah pada sebelah siang.

“Sejak dulu, keluarga memberi galakan kerana tahu minat saya dalam bidang seni suara, namun itu bukan alasan untuk saya mengabaika­n pelajaran.

“Sebaliknya, saya mahu cemerlang dalam pelajaran, sama seperti penuntut yang lain kerana itu matlamat sebagai seorang penuntut.

“Malah, jika diberi peluang, saya mahu menyambung pengajian dalam bidang yang ada kaitannya dengan bidang seni dan linguistik iaitu muzik fonetik,” katanya.

 ??  ?? MINAT mendorong Ayu aktif dalam bidang nyanyian sehingga ke hari ini.
MINAT mendorong Ayu aktif dalam bidang nyanyian sehingga ke hari ini.
 ??  ?? AYU bersama kumpulan
nasyid, CG Malaya.
AYU bersama kumpulan nasyid, CG Malaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia