Harian Metro

Rapat jurang dengan ahli masyarakat

- DARI MUKA H47

Pengarah projek, Ratna Sarini Kamal, berkata projek julung kalinya membabitka­n penyertaan 10 NGO ini bertujuan memberi semangat dan motivasi kepada rakan jalanan supaya berasakan mereka tidak disisihkan dalam masyarakat.

“Kebanyakan rakan jalanan ini berasa rendah diri untuk menjalani kehidupan bermasyara­kat sedangkan mereka sebahagian daripada komuniti.

“Menerusi projek ini, kami berharap mereka mampu berdiri dengan lebih positif. Pada masa sama, kami dapat mengerat dan merapatkan jurang hubungan antara rakan jalanan dengan ahli masyarakat yang lain.

“Projek ini dirancangk­an sejak sebulan lalu, dijangka mampu mengurangk­an kos sara hidup rakan jalanan yang kebanyakan mereka bekerja, namun berpendapa­tan kecil.

“Menerusi Projek

Pasar Percuma ini juga, mereka boleh memilih barang sedia ada mengikut cita rasa masing-masing. Barangan ini juga boleh dijual semula secara ‘bundle’ (terpakai) demi menjana pendapatan tambahan buat mereka.

“Saya berterima kasih kepada rakan NGO, sukarelawa­n, orang persendiri­an dan rakan jalanan yang menjayakan projek ini.

“Kami juga berharap pihak penaja atau penderma boleh mempelbaga­ikan kategori tajaan bagi melengkapi keperluan lain,” katanya yang menyifatka­n program berkenaan sebagai projek penyatuan kaum apabila ia membabitka­n penyertaan lapisan masyarakat Malaysia.

Sementara itu, pengasas Empire Project Mohd Ashraff Khan Md Najib mengakui peranan NGO dapat dimaksimum­kan apabila gabungan pelbagai NGO diadakan kerana masing-masing memiliki misi, objektif, kekuatan dan kelebihan tersendiri dalam membantu masyarakat.

Katanya, penganjura­n program di PTGKL dapat mempromosi­kan kewujudan pusat berkenaan sekali gus membuka lebih banyak peluang kehidupan baru kepada rakan jalanan termasuk pendidikan kepada anak jalanan bagi mencapai sasaran gelandanga­n sifar.

Pegawai Operasi PTGKL Amirrudin Abdul Rahman turut mengalu-alukan program anjuran NGO, syarikat korporat, institut pengajian tinggi dan individu persendiri­an yang prihatin dalam membantu rakan jalanan.

Penganjura­n program berbentuk kaunseling, motivasi dan penyesuaia­n kerjaya antara usaha yang mampu membangkit­kan moral rakan jalanan.

Setakat ini, PTGKL menempatka­n seramai 146 rakan jalanan dan kitaran perubahan penghuni dengan kekerapan tiga ke empat bulan sekali. -Aniza Zainudin

 ??  ?? KERJASAMA 10 NGO. UBAH imej secara percuma.
RATNA
KERJASAMA 10 NGO. UBAH imej secara percuma. RATNA
 ??  ?? PRODUK penjagaan
diri turut disediakan.
PRODUK penjagaan diri turut disediakan.
 ??  ?? ASHRAFF
ASHRAFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia