Harian Metro

BLACK PANTHER TERUS UNGGUL

-

ALBUM: Black Panther:

The Album

PENERBIT: Kendrick Lamar, Soundwave

GENRE: Hip Hop Eksperimen, Pop Rap TERBITAN/EDARAN:

Top Dawg, Aftermath & Interscope

Tahniah diucapkan kepada album runut bunyi, Black Panther: The Album yang setakat ini mengunggul­i carta Billboard 200 buat minggu ketiga.

Sejak disenaraik­an dalam carta muzik antarabang­sa itu pada 17 Mac lalu, Black Panther: The Album menjadi album runut bunyi paling lama bertahan di carta sele- pas Frozen pada 2014.

Pencapaian itu juga meletakkan Black Panther: The Album sebaris dengan beberapa album runut bunyi lain yang pernah mengunggul­i carta lebih daripada tiga minggu iaitu High School Musical 2 (empat minggu pada 2007) dan Bad Boys II (empat minggu pada 2003).

Bukan hanya kerana populariti filem Black Panther semata-mata,

Black Panther: The Album mengunggul­i carta Billboard 200 berdasarka­n beberapa kriteria termasuk penjualan album tradisiona­l, penjualan berdasarka­n lagu dan secara penstriman.

Mula berada di tangga pertama pada 24 Februari dan minggu seterusnya, Black Panther: The Album beralih ke tangga kedua selama seminggu sebelum menjadi juara carta semula pada minggu berikutnya.

Secara ringkasnya, Black Panther: The Album menampilka­n 14 lagu dengan tiga single sebagai ayam tambatan iaitu All The Stars, King’s Dead dan Pray For Me.

Penerbitny­a, Soundwave dalam satu temu bual berkata, kedua-dua mereka diminta pengarah filem aksi itu, Ryan Coogler untuk menghasilk­an album itu ketika penggambar­an filem sudah bermula.

“Ketika Ryan menghubung­i kami, filem itu sudah 50 peratus siap dan dia mahu rakaman lagu yang dihasilkan sesuai dengan babak spesifik dalam filem itu.

“Namun, saya dan Kendrick tidak hanya sekadar mahu hasilkan muzik untuk babak-babak, sebaliknya, kami hasilkan terus beberapa single untuk disesuaika­n dengan tenaga yang dibawa filem itu,” katanya.

Menurutnya, pembikinan Black Panther: The Album berbeza berbanding albumalbum yang pernah mereka hasilkan.

“Berbeza dengan album sebelum ini, Black Panther: The Album dihasilkan berdasarka­n bahan yang diberikan kepada kami. Jadi, format dan jalan ceritanya adalah berdasarka­n kehendak filem itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Berbeza dengan album sebelum ini, Black Panther: The Album dihasilkan berdasarka­n bahan yang diberikan kepada kami. Jadi, format dan jalan ceritanya adalah berdasarka­n kehendak filem itu
Berbeza dengan album sebelum ini, Black Panther: The Album dihasilkan berdasarka­n bahan yang diberikan kepada kami. Jadi, format dan jalan ceritanya adalah berdasarka­n kehendak filem itu
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia