Harian Metro

MXM mula dapat perhatian

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Miliki keistimewa­an tersendiri di mata peminat

Selepas diperkenal­kan tahun lalu, pendatang baru industri hiburan Korea Selatan, MXM sudah berjaya memikat ramai peminat.

Duo yang dianggotai Lim Young Min dan Kim Dong Hyun ini memiliki keistimewa­an tersendiri di mata peminat.

Buktinya, MXM terus dibanjiri kata-kata semangat dan sokongan daripada ramai peminat. Baru-baru ini, mereka juga sempat membaca dan menjawab soalan peminat di sebuah platform digital.

Apa yang pasti, mereka tidak henti bersyukur terhadap perhatian dan kasih sayang ditunjukka­n setiap peminatnya.

Dalam klip berkenaan, mereka turut mengucapka­n terima kasih sambil menunjukka­n sedutan tarian daripada video muzik lagu Diamond Girl.

Sebelum diperkenal­kan sebagai duo, Young Min dan Dong Hyun bermula sebagai pelatih di Brand New Music. Mereka menjadi wakil agensi berkenaan dalam program Produce 101 Musim 2.

Selepas tamat, tuah tidak menyebelah­i mereka untuk dimasukkan dalam projek khas WANNA ONE. Young Min hanya berpuas hati di tempat ke-15, manakala Dong Hyun tersingkir sebelum pusingan akhir.

Pada Julai tahun lalu, mereka diumumkan akan digabungka­n dalam sebuah projek khas. Bernaung di bawah agensi Brand New Music, duo berkenaan diberi nama Brand New Boys.

Bagaimanap­un, nama itu disingkatk­an menjadi MXM yang bermaksud ‘Mix and Match’ dan ‘More x More’.

Sebagai promosi untuk MXM, sebuah single berjudul Good Day dihasilkan. Untuk single kedua berjudul I Just Do, mereka sendiri menulis lirik lagu berkenaan manakala susunan muzik dibuat penerbit Kiggen.

MXM secara rasminya diperkenal­kan pada 6

September tahun lalu dan terus aktif menjayakan pelbagai persembaha­n.

Awal tahun ini, duo berkenaan muncul dengan single baru berjudul Diamond Girl. Bakal menyusul adalah lagu Gone Cold yang diterbitka­n Primeboi dan Love Me Now.

Selain itu, MXM juga bakal menjelajah pelbagai negara termasuk Malaysia untuk rangka promosi pada 1 Mei ini.

MXM bakal mengadakan acara bertemu peminat buat pertama kali di sini bertempat di Pusat Konvensyen HGH, Jalan Sentul, Kuala Lumpur.

Tiket berharga RM450, RM380 dan RM250 sudah mula dijual menerusi laman web www. ticketchar­ge.com.my atau hubungi talian hotline di 03-92228811.

 ??  ?? MXM bakal jelajah
pelbagai negara termasuk Malaysia untuk rangka promosi pada
1 Mei depan.
MXM bakal jelajah pelbagai negara termasuk Malaysia untuk rangka promosi pada 1 Mei depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia