Harian Metro

3,105 pendeposit hilang tahun giliran

- Nor Azura Abdul Jalil news@nstp.com.my

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Majistret di sini, semalam, pada Januari dan Februari 2016, seramai 3,954 pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menutup akaun Tabung Haji mereka.

Dan daripada jumlah itu, 3,105 hilang kelayakan menunaikan haji termasuk hilang tahun giliran menunaikan haji.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Rozaida Omar berkata, akibat tindakan itu, mereka (pendeposit) perlu mendaftar semula sekiranya ingin menunaikan haji dan perlu menunggu dalam tempoh yang lebih lama.

Menurutnya, Tabung Haji memantau pergerakan simpanan dan pengeluara­n pendeposit setiap hari dan pada tempoh artikel berhubung Tabung Haji disiarkan di media sosial pada 9 Februari 2016 terdapat banyak aktiviti pengeluara­n di luar jangkaan berbanding sebelumnya.

“Walaupun sebelum ini terdapat pengeluara­n wang atau penutupan akaun namun bagi tempoh yang dikaji, terdapat beberapa pendeposit yang menyatakan dalam borang pengeluara­n bahawa mereka tidak yakin dengan pengurusan Tabung Haji sebagai alasan untuk mengeluark­an wang atau menutup akaun Tabung Haji,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas dalam perbicaraa­n terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Mengikut pertuduhan, Rafizi didakwa menyiarkan artikel bertajuk Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015 di akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016 yang mengandung­i tohmahan terhadap Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Beliau yang diwakili peguam, Gobind Singh Deo didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 9 pagi, 18 Februari 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar bersambung 4 April depan.

FAKTA

Pada tempoh artikel disiarkan di media sosial terdapat banyak aktiviti pengeluara­n di luar

jangkaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia