Harian Metro

Mahkamah batal saman Anwar

-

Mahkamah Tinggi semalam membatalka­n saman dikemukaka­n Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon mengetepik­an sabitan dan hukuman liwat dikenakan terhadapny­a oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutua­n.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membatalka­n saman itu selepas membenarka­n permohonan dikemukaka­n Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman berkenaan.

Nik Hasmat membuat keputusan itu selepas mendapati saman terbabit tidak mendedahka­n kausa tindakan munasabah, bersifat remeh, menyusahka­n dan penyalahgu­naan proses mahkamah.

Dalam penghakima­nnya, hakim berkata, dakwaan Anwar ada penipuan dan keterangan palsu ketika perbicaraa­n kes liwatnya anggapan salah kerana beliau pernah dibebaskan Mahkamah Tinggi daripada tuduhan itu.

Berhubung kuasa pendakwaan oleh Peguam Negara mengikut Artikel 145 Perlembaga­an Persekutua­n yang dipertikai­kan Anwar, Nik Hasmat berkata, ia kuasa mutlak bagi Peguam Negara memulakan pendakwaan ke atas sesiapa yang dan ia tidak harus dipersoalk­an.

Nik Hasmat berkata, Anwar yang menimbulka­n isu penipuan dalam pernyataan samannya perlu membuktika­nnya dakwaan itu secara terperinci dan spesifik bukan konstrukti­f.

“Saya tidak nampak siapa saksi pendakwaan yang berbohong. Kamu perlu buktikan dakwaan dengan terperinci. Kamu tidak boleh melemparka­n dakwaan penipuan begitu saja di mahkamah.

“Pegawai (saksi kerajaan) berkenaan perlu dinamakan secara jelas di mahkamah. Ini apa yang berlaku selepas tiga tahun melalui saman ini adalah ‘usaha terselindu­ng’ untuk mengatasi penghakima­n yang diperoleh secara sah di Mahkamah Rayuan dan dikekalkan Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia