Harian Metro

Arak air paip

 Peniaga kaut untung berlipat ganda turut campur ramuan tak diketahui

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Jual arak dicampur air paip selain ramuan tidak diketahui. Itu taktik tiga pemilik premis yang mengaut keuntungan berlipat ganda menjual arak tiruan kepada pelanggan dengan harga antara RM200 hingga RM1,200 sebotol.

Bagaimanap­un, tindakan itu terbongkar apabila premis di Hartamas, Bangsar dan Bukit Kiara di sini, diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dalam Ops Barang Tiruan, jam 5 petang Rabu lalu.

Difahamkan, ada antara minuman keras berkenaan bukan saja dicampur air paip, malah dicampur dengan arak lain yang rendah kualiti, selain ramuan tidak diketahui.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, penjualan arak berkenaan di pasaran dikhuatiri membahayak­an kesihatan pengguna berikutan ia menggunaka­n bahan yang tidak diketahui.

Katanya, oleh kerana arak dijual itu adalah tiruan pihaknya bimbang ia mendatangk­an mudarat kepada pengguna kerana ramuannya dikhuatiri menggunaka­n bahan tidak diluluskan dan berbahaya.

“Dalam serbuan serentak itu, anggota penguat kuasa merampas 30 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM17,500 dari tiga premis terbabit.

“Serbuan dilakukan tiga pasukan penguat kuasa KPDNKK itu hasil maklumat dan aduan pemilik jenama arak berkenaan mengenai kewujudan arak tiruan dijual sebagai arak asli di pasaran,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Shahran berkata, semua minuman keras itu dibotol menggunaka­n pelekat sama seperti jenama arak asli yang dikenal pasti oleh pemilik cap dagangan arak berkenaan.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNKK melihat botol arak dalam serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur.
ANGGOTA KPDNKK melihat botol arak dalam serbuan di sebuah premis di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia