Harian Metro

Tangisan dituduh pecah amanah

-

Seorang bekas pegawai jualan syarikat pemasaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah membabitka­n wang syarikat berjumlah hampir RM13,000, Oktober tahun lalu.

Siti Diyana Awang, 26, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Ketika meminta rayuan mengurangk­an jaminan, ibu dua anak yang memakai baju hijau dilihat menangis teresak-esak di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa sebagai pekerja yang diamanahka­n dengan wang syarikat berjumlah RM12,984.30 iaitu wang kutipan jualan, melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahgu­nakan wang terbabit untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pharma Line Marketing Sdn Bhd di No 46, Jalan Putera Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, di sini pada 24 Oktobor 2017.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzama­n menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia kini tidak mempunyai pendapatan kerana tidak bekerja.

“Hanya suami yang bekerja untuk menampung saya dan kedua-dua anak kami yang berusia satu dan tiga tahun,” rayunya sambil menangis teresak-esak.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April depan untuk sebutan kes.

FAKTA

Tertuduh mengaku tidak bersalah songlap

RM12,984.30

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia