Harian Metro

Dakwa 4 kakitangan bocor fail sulit

-

Kuala Lumpur: Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi membuat laporan polis terhadap empat kakitangan syarikat pengurusan yang didakwa membocorka­n maklumat akaun peribadi, dokumen rahsia dan fail milik pelanggan syarikat berkenaan, semalam.

Syarikat itu, adalah sebuah syarikat dilantik untuk membantu menguruska­n masalah individu yang meminjam daripada Kuala Lumpur: Penyertaan lebih banyak sektor dan institusi pendidikan swasta dalam Sekretaria­t Pencegahan Rasuah digalakkan bagi memerangi gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, sehingga kini, ada 107 penyertaan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan kolej swasta. peminjam wang haram atau along.

Yusuf yang juga pengurus syarikat terbabit berkata, tindakan empat kakitangan berusia 30-an dipercayai mempunyai niat mensabotaj dirinya, syarikat dan PPIM.

Katanya, kakitangan berkenaan bekerja dengan syarikat terbabit antara dua bulan sehingga setahun. “Mereka disyaki mengambil dokumen milik syarikat dan fail yang terkandung butiran peribadi pengadu kami yang terbabit masalah along dan disyaki menyerahka­n kepada pihak tertentu tanpa diketahui tujuan mereka.

“Fail ini sangat sensitif kerana ia dokumen sulit yang jika didedahkan dikhuatiri membahayak­an pengadu.

“Selain laporan terhadap mereka, kami juga membuat satu lagi laporan berhubung insiden penceroboh­an dan kekacauan di pejabat kami di Kondominiu­m Villa Puteri, Khamis lalu.

“Ketika itu, sekumpulan 10 hingga 15 individu menyerbu pejabat dan mencetuska­n kekacauan selain turut melarikan fail peribadi milik pengadu kami,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Hadir sama peguam yang mewakili syarikat, Datuk Hishamuddi­n Hashim dan Mohd Fadhly Yaakob.

Yusuf berkata, pihaknya mengumpul maklumat dan bukti daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyerahka­nnya kepada polis.

“Pada hari kejadian, kami mengesyaki ada usaha memotong wayar CCTV selain wujudnya usaha cuba memadamkan visual dirakam CCTV di syarikat.

“Kami percaya apa yang berlaku dirancang rapi, bagaimanap­un saya serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

 ??  ?? YUSUF selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, semalam.
YUSUF selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia