Harian Metro

ERA BARU AUTOMOTIF

- Nabil Basaruddin news@nstp.com.my

Menyedari perubahan dalam landskap industri automotif dan pengangkut­an negara, Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Naza) terus mara ke hadapan dan berkembang selari untuk menyesuaik­an dalam persekitar­an baru itu.

Perniagaan utamanya iaitu segmen automotif, kini menyambut era baru apabila syarikat terbabit membentuk pakatan strategik dengan pengeluar kereta terkemuka dunia, Groupe PSA dari Perancis bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluara­n kereta jenama Peugeot dan Citroen bagi pasaran ASEAN.

Sebagai pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah dan salah satu pengeluar automotif terkemuka dunia, Groupe PSA memperoleh kepentinga­n majoriti 56 peratus daripada kilang pembuatan automotif, menjadikan Naza satu-satunya rakan usaha sama perkilanga­n mereka di Asia Tenggara.

Dengan kehadiran yang kukuh di 160 negara, mempunyai lebih 170,000 pekerja dan 3.6 juta jualan kenderaan pada tahun lalu serta merekodkan pertumbuha­n 15.4 peratus tahun ke tahun, usaha sama ini mencermink­an kejayaan rancangan strategik global oleh Groupe PSA.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Automotif Naza, Datuk Samson Anand George berkata, pihaknya teruja dan bersemanga­t dengan kerjasama bersama pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah dan berharap Kumpulan Naza dapat menjadi pemain hebat bagi pasaran automotif tempatan dan serantau.

“Melangkah ke hadapan, kami akan meniru strategi yang digunakan dengan Groupe PSA dengan jenama lain dalam kestabilan kami dan juga meninjau dan merasional­isasi perniagaan dua roda dan empat roda dalam kumpulan automotif kami,” katanya.

Usaha sama ini juga bermakna kilang Pembuatan Automotif Naza (NAM) menjadi hab pembuatan pertama pembuat kereta Perancis di Asia Tenggara, pasaran yang berkembang pesat dengan potensi sehingga 680 juta pelanggan.

NAM buat masa ini hanya menghasilk­an KIA dan Peugeot iaitu model pemasangan tempatan (CKD) bagi

 Kumpulan Naza, Groupe PSA dari Perancis jadikan Malaysia hab pengeluara­n kereta Peugeot dan Citroen bagi pasaran ASEAN

pasaran domestik, kesan limpahan dari usaha sama itu akan meningkatk­an lagi pengeluara­n di fasiliti itu untuk menyediaka­n pasaran komprehens­if yang lebih besar.

 ??  ??
 ?? Samson Anand George ?? Kami akan meniru strategi yang digunakan dengan Groupe PSA dengan jenama lain dalam kestabilan kami”
Samson Anand George Kami akan meniru strategi yang digunakan dengan Groupe PSA dengan jenama lain dalam kestabilan kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia