Harian Metro

PUNB sasar bantu lebih ramai usahawan Bumiputera

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) meletakkan sasaran untuk membantu lebih banyak usahawan Bumiputera yang mempunyai perniagaan dalam segmen automotif atau perkakasan, memandangk­an kurang permohonan pembiayaan daripada sektor ini.

Pengerusin­ya Tan Sri Ali Rustam berkata, setakat dua bulan pertama 2018, usahawan yang terbabit dalam perniagaan stesen minyak adalah penerima pembiayaan tertinggi daripada PUNB, diikuti sektor pendidikan kanak-kanak dan penjagaan kesihatan.

“Seperti dalam sektor automotif, daripada 35,000 bengkel di seluruh negara, hanya 10 peratus atau 3,500 saja milik Bumiputera.

“Jumlah itu perlu ditingkatk­an dan kami meminta Pengurus PUNB negeri mengadakan lawatan ke bengkel kecil Bumiputera seluruh kawasan.

“Sebab itu kita mahu mengutip data berpanduka­n Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bagi mengetahui jumlah bengkel milik Bumiputera di situ. Jika tiada langsung atau hanya ada dua, tiga bengkel, ia patut ditambah lagi.

“Kita juga meminta pegawai mengkaji demografi dan jumlah penduduk di dalam sesebuah DUN bagi mengetahui jumlah sesuai untuk bengkel kereta boleh diwujudkan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani dan bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) PUNB, di pejabatnya di sini, semalam.

PUNB sudah menyalurka­n RM48 juta pembiayaan kepada 352 usahawan Bumiputera dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu adalah 24 peratus daripada peruntukan RM200 juta yang disediakan PUNB kepada usahawan Bumiputera pada tahun ini.

Tahun lalu, PUNB meluluskan peruntukan pembiayaan sebanyak RM281 juta.

 ??  ?? ALI
ALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia