Harian Metro

Jual pegangan dalam Expedia

 AirAsia lupus kepentinga­n aset bukan teras tampung pembanguna­n dalam portfolio digital

- BERNAMA

AirAsia Bhd akan membangunk­an portfolio digitalnya sebagai sebahagian pelan pengembang­an.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia akan membuat satu lagi penjualan seperti dijanjikan.

“Akan ada penjualan dan pembelian balik satu aset untuk membangunk­an portfolio digital kami.

“Kami mahu melaksanak­an semua yang kami katakan. Kini tumpu kepada kumpulan dan struktur digital kami,” katanya dalam catatan di laman twitter semalam.

Awal bulan ini, Tony mengesahka­n kumpulan itu akan menjual aset bukan terasnya dan menumpukan kepada operasi teras.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, keuntungan kumpulan itu dijana daripada penjualan tiket penerbanga­n dan daripada pendapatan sampingan.

“Perniagaan pajakan bukan sesuatu yang dinilai oleh penganalis­is. Itulah sebabnya mengapa kami menjualnya,” katanya.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah itu mengesahka­n ia akan menjual peganganny­a dalam laman tempahan pelanconga­n Expedia dan penjualan itu dijangka selesai pada akhir tahun.

Kumpulan itu merancang menjual segmen makanannya Santan dan operasi logistik serta kargo.

Sementara itu, Tony dalam laman Instagram berkata,

FAKTA AirAsia juga rancang jual segmen Santan, operasi logistik

dan kargo

syarikat itu akan melabur dalam teknologi kewangan seperti Bigpay, perkhidmat­an e-dompet dan kad pra-bayar.

 ??  ?? KEUNTUNGAN AirAsia sebahagian besarnya disumbang oleh penjualan tiket.
KEUNTUNGAN AirAsia sebahagian besarnya disumbang oleh penjualan tiket.
 ??  ?? TONY
TONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia