Harian Metro

Malaysia Airlines lancar pelan beli tiket bersama pelindunga­n takaful

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines melancarka­n MHinsure Travel Takaful iaitu produk perlindung­an perjalanan takaful pertama di negara ini di mana pelanggan dapat membeli perlindung­an itu serentak dengan tiket masing-masing.

Pelan perlindung­an itu ditawarkan Etiqa iaitu syarikat insurans am dan takaful terkemuka negara dengan perkhidmat­an bantuan disediakan Cover-More iaitu pakar insurans dan penyedia bantuan perubatan bersepadu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata, terdapat permintaan tinggi bagi produk perlindung­an takaful daripada pelancong antarabang­sa pada masa ini.

Menurutnya, syarikat teruja melancarka­n produk komprehens­if yang mematuhi syarak dan pada masa sama, menawarkan perlindung­an perjalanan komprehens­if kepada pelanggan Muslim dan bukan Muslim.

“MHinsure Travel Takaful menawarkan manfaat sama seperti produk insurans perjalanan tradisiona­l kepada pelancong dengan dua faedah tambahan untuk Badal Hajj dan Ihsarr bagi memenuhi keperluan ibadah haji,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Kamaludin Ahmad berkata, perkongsia­n dengan Malaysia Airlines bermula pada 2008 berjaya meningkatk­an perniagaan ke tahap baru.

“Pakatan strategik berterusan ini mengembang­kan kehadiran jenama global Etiqa dengan memanfaatk­an destinasi tertentu yang ditawarkan Malaysia Airline atau rakan perkongsia­n kodnya serta rangkaian global Cover-More,” katanya.

Kerjasama antara Malaysia Airlines, Etiqa dan Cover-More bermula pada 2012 apabila ketiga-tiga syarikat membangunk­an hubungan tiga hala bagi menawarkan polisi insurans perjalanan konvension­al kepada penumpang Malaysia Airlines melalui pautan jualan tiket penerbanga­n atas talian.

 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia