Harian Metro

Ibu belajar tadika bersama anak

-

Beijing: Seorang wanita di China yang buta huruf di wilayah Guizhou, membuktika­n usia 31 tahun bukan penghalang untuk menimba ilmu apabila memutuskan belajar di tadika bersama anak perempuann­ya berumur lima tahun selepas tidak berpeluang berbuat demikian ketika kecil.

Menurut laporan media China, Shi Xiaoqin, ibu beranak dua itu memutuskan mendaftark­an diri memasuki tadika bulan lalu, dan tidak kisah dengan pandangan orang lain.

“Saya tidak kisah apa yang orang lain katakan. Belajar bersama anak dalam kelas bukan saja membantu saya menimba ilmu, malah juga membolehka­n saya mengajarny­a kelak.

“Sebaik tahu membaca dan menulis, saya boleh membantu anak saya belajar di rumah agar mereka berpeluang mendapatka­n pekerjaan lebih baik,” katanya.

Portal berita Ynet.com melaporkan, ada beberapa sebab dia tidak ke sekolah ketika kecil.

Shi dan suaminya adalah pekerja migran di wilayah Fujian, Hainan dan Guangdong. Tidak boleh membaca dan menulis menjadi penghalang untuknya memperoleh pekerjaan.

Gurunya, Chi Mingxia berkata, Shi begitu komited memperbaik­i diri dan membuat banyak kemajuan.

“Dia belajar bersungguh-sungguh dan sudah mampu menguasai bahasa Mandarin selain mengenali banyak huruf. Dia menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak lain di tadika.

“Kami dengan hati terbuka menerima permohonan­nya untuk belajar di tadika ini walaupun dia lebih tua berbanding guru yang mengajarny­a,” katanya. - Agensi

 ??  ?? SHI Xiaoqin (kiri) belajar di tadika bersama anak perempuann­ya berusia lima tahun (kanan). - Agensi
SHI Xiaoqin (kiri) belajar di tadika bersama anak perempuann­ya berusia lima tahun (kanan). - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia