Harian Metro

Terhempas ketika mendarat

 Lebih 50 terbunuh dalam nahas pesawat penumpang Bangladesh

- Agensi

Lebih 50 terbunuh dan sembilan mangsa belum ditemui selepas pesawat penumpang Bangladesh terhempas ketika cuba mendarat di lapangan terbang antarabang­sa Kathmandu di sini semalam.

Ketika kejadian pesawat milik US-Bangla Airlines yang dalam penerbanga­n dari Dhaka, Bangladesh ke Kathmandu itu membawa 67 penumpang dan empat anak kapal.

Jurucakap US-Bangla Airlines, Kamrul Islam memberitah­u, seramai 33 penumpang adalah warga Nepal, 32 Bangladesh dan masing-masing seorang China dan Maldives.

“Seramai 50 mayat ditemui di lokasi kejadian manakala sembilan masih hilang.

“Sejumlah penumpang terselamat namun ramai yang cedera,” kata jurucakap tentera, Gokul Bhandari kepada Reuters.

Katanya, 23 lagi mangsa cedera dalam kejadian itu.

Pesawat jenis Bombardier Dash 8 Q400 turboprop itu terbakar selepas terhempas di sebuah padang bola sepak berhampira­n lapangan terbang berkenaan.

Beberapa rakaman video yang tular di Internet menunjukka­n kepulan asap tebal dari lokasi nahas boleh dilihat dari jauh dan bangkai pesawat itu yang pecah kepada beberapa bahagian terbakar.

Pasukan penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa memotong badan pesawat yang remuk dan terbakar itu untuk mengeluark­an penumpang yang terselamat.

Punca nahas itu masih belum diketahui tetapi pihak berkuasa lapangan terbang memberitah­u, pesawat berkenaan hilang kawalan ketika cuba mendarat.

Beberapa saksi memberitah­u, pesawat berkenaan terhempas ketika cuba membuat pendaratan buat kali kedua.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mangsa yang terselamat dalam bangkai pesawat penumpang yang terhempas berhampira­n lapangan terbang Kathmandu di Nepal semalam. - Reuters
ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mangsa yang terselamat dalam bangkai pesawat penumpang yang terhempas berhampira­n lapangan terbang Kathmandu di Nepal semalam. - Reuters
 ??  ?? ORANG awam melihat kepulan asap
tebal yang kelihatan dari lokasi pesawat penumpang berkenaan
terhempas. - Reuters
ORANG awam melihat kepulan asap tebal yang kelihatan dari lokasi pesawat penumpang berkenaan terhempas. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia