Harian Metro

Myanmar bina pos tentera di Rakhine

-

Yangon: Amnesty Internatio­nal (Amnesty) meragui keikhlasan kerajaan Myanmar untuk menerima kembali ratusan ribu pelarian selepas negara itu membina kemudahan tentera di perkampung­an Rohingya yang dimusnahka­n.

Hampir 700,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine menuju ke Bangladesh selepa tentera Myanmar melancarka­n serangan balas terhadap pemberonta­k enam bulan lalu dengan membakar kampung dan membunuh penduduk.

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk serangan berkenaan yang dianggap sebagai satu pembersiha­n etnik.

Bagaimanap­un, Myanmar menolak dakwaan itu dan mendakwa ia dilancarka­n susulan serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

Dalam laporan terbaru Amnesty yang bertajuk ‘Pembinaan Semula Negeri Rakhine’, memaparkan imej satelit dan temuramah yang mendedahka­n pembinaan pelbagai infrastruk­tur ketenteraa­n sejak awal tahun ini, yang didakwa pengkaji sebagai satu tindakan ‘merampas tanah’.

“Terdapat bukti baru seperti yang dilaporkan oleh Amnesty dalam hasil kajian terbaru, menunjukka­n pihak berkuasa Myanmar membina kemudahan baharu di atas setiap tapak milik penduduk Rohingya.

“Malah, dalam beberapa keadaan kediaman yang masih ada turut dimusnahka­n,” kata pengarah tindak balas krisis Amnesty, Tirana Hassan kepada AFP.

Walaupun mengakui imej itu tidak menggambar­kan keseluruha­n keadaan di Rakhine, kumpulan hak asasi itu berkata, struktur bagi kegunaan pasukan keselamata­n, landasan untuk helikopter dan jalan raya terbabit dibina di atas tanah serta bangunan milik penduduk Rohingya yang musnah dalam kebakaran. AFP

 ??  ?? KOMBINASI gambar menunjukka­n imej satelit kampung Kan Kya di Rakhine dirakam pada 25 Oktober 2017 (kiri) dan pada 27 Februari 2018 (kanan) yang menunjukka­n bangunan serta pagar yang baru dibina. - AFP
KOMBINASI gambar menunjukka­n imej satelit kampung Kan Kya di Rakhine dirakam pada 25 Oktober 2017 (kiri) dan pada 27 Februari 2018 (kanan) yang menunjukka­n bangunan serta pagar yang baru dibina. - AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia