Harian Metro

TAK KEJAR KEJUARAAN

-

membuka tirai saingannya, esok.

Pemain nombor dua dunia itu berpeluang untuk mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia yang paling banyak menjuarai kejohanan berprestij itu dan berjaya berjaya muncul juara pada edisi kali ini yang kelima selepas melakukann­ya pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Bagaimanap­un, Chong Wei, 36, berkata, dia tidak terlalu memikirkan untuk mencipta rekod sebaliknya menegaskan apa yang lebih penting adalah persiapan bagi menghadapi setiap lawannya dalam kejohanan tertua itu.

“Setiap pemain pasti mahu menang dalam setiap kejohanan disertai dan saya tahu kalau saya menang kali ini saya akan menjadi pemain Malaysia yang paling banyak menang Seluruh England.

“Namun, saya tidak terlalu fikir sangat kerana apa yang paling penting adalah keadaan dan persiapan saya. Saya mahu menikmati setiap perlawanan saya di Seluruh England.

“Pada tahap sekarang, saya gembira dengan keadaan saya kerana walaupun saya sudah berusia 36 tahun tetapi masih berada di atas gelanggang dan berjuang demi Malaysia,” kata Chong Wei yang akan menentang pemain Brazil, Ygor Coelho pada aksi pusingan pertama esok.

Selepas menjuarai edisi tahun lalu, Chong Wei berjaya menyamai rekod Wong Peng Soon dan Datuk Eddy Choong merangkul kejuaraan perseorang­an lelaki dalam saingan Seluruh England sebanyak empat kali.

Bagaimanap­un, jaguh negara itu dijangka berdepan halangan sukar dalam usaha untuk ke final.

Jika melepasi pusingan pertama dia dijangka bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen sebelum musuh tradisi Lin Dan dari China menantinya di suku akhir.

Ditanya sama ada situasi itu memberi tekanan kepada dirinya dalam misi merangkul gelaran kelima dan sekali gus muncul pemain Malaysia terbanyak menjuarai Seluruh England, Chong Wei berkata dia anggap itu sebagai motivasi buat dirinya.

“Ada orang tanya sama ada saya tertekan atau tidak, bagi saya ia perkara biasa. Saya lebih suka menganggap tekanan itu sebagai cabaran dan motivasi buat saya. Apa pun keputusann­ya nanti saya terima.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya lebih fokus kepada Sukan Komanwel (di Gold Coast, Australia), Piala Thomas (Bangkok, Thailand) dan Sukan Asia (Jakarta, Indonesia).

 Chong Wei hanya tumpu persiapan

hadapi lawan di Seluruh England

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia