Harian Metro

Rashford pemain penting United

-

Manchester: Penyerang Manchester United Marcus Rashford tidak perlukan jaminan lisan daripada pengurusny­a mengenai kepentinga­nnya terhadap pasukan dan berkata, dia tidak bimbang meskipun masanya di padang dalam aksi Liga Perdana Inggeris terhad.

Rashford menjaringk­an kedua-dua gol buat United ketika menewaskan Liverpool 2-1 Sabtu lalu, iaitu penampilan pertamanya di liga berkenaan sebagai kesebelasa­n utama sejak menentang Burnley Disember lalu.

“Pengurus tidak perlu bercakap dengan saya,” kata pemain berusia 20 tahun di laman web kelab itu.

“Apabila anda lebih muda daripada saya dan belajar mengenai permainan, anda tidak perlukan kata-kata jaminan. Namun, daripada pengalaman saya, saya faham ia sebahagian daripada permainan.”

“Dalam bola sepak, ada masa naik dan turun. menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Namun, kemenangan itu tidak banyak meningkatk­an prospek Arsenal untuk berakhir dalam kalangan empat teratas - yang melayakkan mereka ke Liga Juara-Juara dan tidak menolak tanggapan peminat yang berasakan satu-satunya cara untuk meletakkan kelab itu ke landasan yang baik adalah dengan menamatkan tempoh 22 tahun Wenger di kelab itu. - AFP Perkara terpenting adalah kekal bersama sebagai satu skuad.

“Semua orang datang setiap hari untuk berlatih, kami semua bekerja keras, kami lakukan perkara yang sepatutnya. Kami menghadapi­nya bersama-sama. Ada kalanya anda berada dalam pasukan, ada kalanya tidak.”

Rashford membuat 27 penampilan di liga musim ini, 13 kali sebagai pemain gantian. Dua gol ke gawang Juergen Klopp menjadikan jumlah golnya kepada enam.

“Jika anda digugurkan sekali lagi, anda pasti menghadapi­nya dengan cara lebih baik berbanding kali pertama ia berlaku kepada anda. Ia hanya satu lagi pengalaman buat saya,” kata pemain England itu.

United mengumpul 65 mata dan lima mata mendahului Liverpool di tangga keempat susulan kemenangan itu. Skuad Jose Mourinho ketinggala­n 13 mata berbanding pendahulu Manchester City dengan baki lapan perlawanan musim ini. Reuters

 ??  ?? HEUNG Min (kiri) meraikan jaringan bersama Alli ketika menentang Bournemout­h, kelmarin.
HEUNG Min (kiri) meraikan jaringan bersama Alli ketika menentang Bournemout­h, kelmarin.
 ??  ?? RASHFORD (kanan) ledak dua gol ketika menewaskan Liverpool.
RASHFORD (kanan) ledak dua gol ketika menewaskan Liverpool.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia