Harian Metro

Sedih tak lama

- AFP

Son Heung Min memastikan Tottenham Hotspur tidak sengsara berikutan kecederaan buku lali dialami Harry Kane apabila dia menjaringk­an dua gol ketika menang 4-1 di Bournemout­h, awal pagi semalam.

Spurs melonjak mengatasi Liverpool ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, namun ia kemenangan yang memilukan susulan kebimbanga­n mengenai kecergasan Kane bagi tugasan kelab dan pasukan kebangsaan.

Pengurus England, Gareth Southgate akan menamakan skuadnya Khamis ini bagi aksi persahabat­an menentang Belanda dan Itali hujung bulan ini.

“Kami bimbang kerana kami masih tidak tahu apa akan berlaku terhadapny­a,” kata bos Spurs, Mauricio Pochettino.

“Kami perlu menunggu hingga esok (hari ini) atau lusa untuk mengetahui keputusan imbasan. Saya harap ia bukannya masalah besar. Itulah harapan saya.”

Tottenham mengalami kempen mengecewak­an tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Juventus pada pertengaha­n minggu lalu dan kelihatan masih keletihan

London:

Arsene Wenger mengakui Arsenal bergelut untuk memenangi semula hati peminat yang marah apabila ribuan enggan datang ketika kemenangan 3-0 ke atas Watford pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Buat perlawanan kedua berturut-turut di Stadium Emirates, Arsenal bermain di depan kerusi merah yang kosong, kelmarin.

Arsenal menyalahka­n salji tebal kerana kehadiran penonton yang kecil ketika kalah kepada Manchester City

(gambar)

ketika mereka bergelut dalam 10 minit pertama.

Junior Stanislas menyaksika­n rembatanny­a terkena palang sebelum membuka tirai jaringan dengan merembat leret ke penjuru gol selepas hanya tujuh minit.

Kane berjaya meletakkan bola ke dalam jaring apabila dia berlaga dengan penjaga gol Bournemout­h, Asmir Begovic sebelum setengah jam, namun dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Spurs pintas Reds selepas benam Bournemout­h

Lebih buruk buat pelawat apabila Kane gagal kembali ketika dia keluar terhincut-hincut untuk membalut buku lali kanan sama yang menyaksika­nnya diketepika­n sebanyak dua kali musim lalu.

Spurs tidak terkesan dan seminit selepas Erik Lamela menggantik­an Kane, mereka menyamakan kedudukan apabila Dele Alli menyempurn­akan hantaran silang Serge Aurier.

Pelawat sering kali kelihatan mampu menjaringk­an gol selepas rehat dan Heung Min meneruskan prestasi baiknya apabila meledak masuk hantaran silang Alli dengan rembatan akrobatik.

Ketika Bournemout­h memburu gol penyamaan, pemain Korea Selatan itu mempunyai ruang yang banyak untuk menyumbat masuk gol ke-18 musim ini tiga minit sebelum tamat. Aurier kemudian menyempurn­akan gol keempat Spurs pada masa kecederaan.

 ??  ?? JARINGAN Alli padam gol pendahulua­n Bournemout­h.
JARINGAN Alli padam gol pendahulua­n Bournemout­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia